Thursday, January 31, 2008

SANTAIAN

video

Cerita dari pemandu bot sendiri..

Kepada saudara / saudari yang diingati selalu..

Untuk makluman anda, maklumat yang saya dapat ini adalah amat berguna untuk dijadikan teladan anda semua. Saya diberitahu oleh kawan saya iaitu seorang guru di pulau Tioman tentang tindak tanduk sebahagian pemandu bot yang berkhidmat disana. Bagi yang ingin pergi bersantai ditengah laut dan snorkling tu, terutama gadis perlulah beringat-ingat.

Hal yang saya nak ceritakan ini adalah diceritakan sendiri oleh pemandu bot tu kepada kawan saya. Pemandu bot tu menceritakan dengan penuh bangga tanpa mempedulikan hal haram dan dosa. Kepada pemudi yang ingin bersantai ditengah laut, diingatkan pergilah berempat. Dan jangan kurang dari tiga orang. Untuk pengetahuan semua, pemandu bot ni akan meminta dan mengesyorkan gadis-gadis (biasanya budak U yang ingin melancong) membeli air mineral dsbnya dengan alasan gadis2 akan haus ketika di tengah laut nanti. Dengan hasil perihatin tadi si gadis ni pun pergilah beli air mineral. Dalam perjalanan ke tgh laut, pemandu bot nampak bersahaja dan kita tidak tahu niat syaitan yang sebenar yang tersemat pada benak dan hati batu pemandu bot ni. Semasa berenang didasar yang cetek (Pulau Tioman), pemandu bot akan memasukkan sedikit minyak jampi yang didapati dari bomoh pulau ke dalam air mineral yang dibeli oleh gadis U ni tanpa disedari oleh mereka berdua (gadis tu la) dan dibiarkan larut dan sebati. Setelah penat berenang gadis ni pun naik ke atas bot dan segera minum air mineral yang dibeli tadi. Dengan tidak semena-mena gadis2 tu rasa pitam dan pengsan sekejap. Maka pada masa pitam nilah pemandu bot akan mengambil kesempatan membuka pakaian gadis2 tu satu persatu dan merogol gadis2 U tu tadi. Untuk pengetahuan, pemandu bot ni pandai. Setelah meneroka, merogol dan mengeluarkan airnya (pancut luar), dia akan mengenakan kembali pakaian gadis dengan rapi. Setelah gadis tu terjaga pemandu bot akan mengatakan cik adik tertidur sebentar tadi.

Setelah dua , tiga hari si gadis ni akan mengalami sakit di kemaluan dan akan mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa, doktor menyatakan yang gadis ni dah tiada dara. Perkara ini dah dibawa ketengah. Pihak polis dah siasat tapi oleh kerana tak cukup bukti, kes ini lebur begitu saja. Bila di soal, penduduk kampong kat pulau tu, konco2 pemandu bot dan termasuk pemandu bot itu sendiri akan menafikannya. Yang sedapnya pemandu bot tu juga tapi yang akan bocor rahsia pada malam pengantin gadis malang tu la jugak. Sebabnya telus dan tak ketat lagi dah.

Jadi dengan itu, beringat-ingatlah jika ingin pergi berseronok biarlah bertiga atau berempat. Sebab perkara jahat seperti itu datang tanpa diduga seperti tsunami. Perkara begini telah mencetuskan perihatin saya terhadap masyarakat sejagat. Kemana kita pergi hendak beringat2 (termasuklah mana2 pulau di Malaysia atau didunia ni. Jadi sampai-sampaikan lah kepada anak perempuan, kawan2 perempuan dan semua orang perempuan. Cerita yang saya sampaikan adalah benar dan diceritakan oleh pemandu bot itu sendiri kepada kawan saya. Pemandu bot itu mencerikan dengan megah dan bangga. Macam dunia ni dia yang punya. Tapi bila mati tak ditanya terus kene azab. Dia bangga kerana berjaya meragut mahkota perempuan yang tak tahu dan leka terhadap keadaan sekeliling. Pemandu bot ni kata dia dah tibai semua jenis ****..Italian, American, Japanese, Chinese, Arabian, Melayu kita ni. Tapi dia kata "hak melayu jugak best sebab susah nak dapat.. tapi sekali dah dapat yang lawa pulak tu.. phhhrrrrrr!!! " kata pemandu bot tu lah.

diplagiat dari sini

Monday, January 28, 2008

JOURNEY WORTH REMEMBERING

Entri kali ini disumbang dan datangnya dari sini dan sini

eniwei, things u need to know:

  1. flight tickets = RM200 pegi balik time promo Air Asia
  2. kereta sewa kt KK = RM70 Kancil per day (24 hours) number tepon nnti aku bg
  3. Monsopad Cultural Village = RM45 per entry but worth the money
  4. bilik hotel = RM banyak jugak la


DAY 1 - 18th JAN 2008

day1.jpg

The night before, Eda bunked at my place and i cudnt really sleep well that night. By 5.15am us (Ani, DZ, Eda & Syeda) were already on our way to LCCT. Arrived at Tawau airport at 10 plus. Abang Ipin (eda’s cousin) fetch us up and brought us to Eda’s granny’s house. Sampai je umah papan nenek, Eda pun pegila ‘memperkenalkan’ diri. Nenek was blur, asked Eda (her one and only cucu perempuan) : “kau ni siapaa?”. Me and Ani dah bantai gelak2 gile. adoila. Nampak sgt Eda lama tak balik. Sembang sembang dgn Nenek. Yang paling kelakar psl semua perkataan yg kluar dr mulut nenek tu dengar mcm lawak je..alahai nenek..nenek..

then, with Eda’s dad’s car we drove to Semporna. Abt 1 hour plus from umah nenek. Jalan tatau sgt sebenarnya, so main belasah ajer. Luckily jalan die straight aje. Makan seafood at floating restaurant. The place is soo nice. Air sgt la jernih. Can see ikan berenang2 kat bwh.Experience yg tak mungkin dpt kalau tgk laut kat semenanjung. But Eda said last time it was even nicer. At first we planned nak makan lobster, but then after seeing the 100 gram price is RM25, (err..which is way too expensive), we ended up eating kerapu hitam, crab and normal size prawn and squid. Drive balik, rest kejap and doze off sebab penat sgt. Then rushing pulak keluar dgn Eda’s big family. Makan seafood lg (their treat this time). Was not in the plan though, but the first day dah habiskan dgn makan and makan and makan jer.. Memang heaven. Sabah gelap cepat..dlm pukul 6.30 dh gelap mcm kol 8mlm..

DAY 2 - 19th JAN 2008

day2.jpg

wake up that morning after hearing nenek’s voice, calling for eda. “Eda, bangun..kata mau bikin nasi goreng..” and it was merely 6 in the morning.. !! Sejuk banget pagi tu. We have plane to catch at 10.45am, but we, i mean the girls were so cool and relax as if the time was not moving and waiting for us.he he. pushed off to airport at 9.45am and arrived 5 minutes after 10am.by the time we approached the departures hall, one of the officer shout to us that the airasia counter has already closed. apa lg.everyone’s rushing to airasia office laa.try to discuss and begged the staff to let us in but mmg consideration tader langsung.the board didnt even stated ‘CALLING’ yet, and we already missed our flight.tensi tensi~!..supposedly ada la consideration kan, memandangkan there were 4 of us, plus another passenger..5 kan byk..takkanla takleh nak tolerate. the situation left us with 3 options :

1) drive eda’s dad’s old proton car up to Kundasang which will take 9 to 11 hours journey.added another 1 to 2 hours for the alignment esp the brake part that need to be repair prior to the journey.

2) catch next airasia flight to KK at 5-ish and wander around the airport till that time (boring gilerr)

3) buy MAS tickets at 2-ish at the price RM200 each which then will make us arrive Kundasang early. heh.no choice left kan? apparently mmg la no 3, tp ye la everyone’s was thinking abt the RM200 more than anything. DZ offered to pay RM100 each for us for the tix price so that we can arrive KK early and safe.surely semua org segan je kan,so semua org agreed to fly with MAS.however DZ paid our ticket first.

to kill the free time, kitorang main kad, which apparently jadik kitorg nye ultimate “killing-the-time” game sepanjang2 trip ni. by 4 plus, we were already on our way to Kundasang. Rent kancil for a day, dropped off the luggages at Sutera Harbour then I drove up to Kundasang.tatau sgt jalan dia, tp gamble je.thanx to Eda’s dad who was willingly gave directions all the time until Kinabalu Park.hujan renyai2.kabus tebal.and rasanya mcm we were the only one who drove kancil utk panjat ke kundasang tu sebab almost every vehicle passed by kalau tak 4WD, lorry.on the way, we all main game mcm mcm.game sambungkan lagu la, spelling la, things in the car la etc.juz like old times masa budak2. reach Kinabalu Park around 8-9pm.seeejuuuukkk.check in at summit lodge, so damn nice.english cottage with chimney.2 bedrooms, 2 toilets, kitchen and small bar.malam tu tapau makanan and makan ramai2 kat living sambil main kad sambil layan astro..among our best moments.

DAY 3 - 20th JAN 2008

day3_1.jpg

me and eda beria set jam psl nk bangun awal coz nk tgkp gmbr dekat mt kinabalu, nampak mt kinabalu direct. sebijik2 mcm dekat sgt dah..sgt la cantik in the morning without the mist.plus hari yg terang benderang. pastu siapkn kluarkan tripod and tgkp gmbr dr segala angle la. we packed up, checked out and then drove up to mt kinabalu entrance.entrance utk sesapa yg nak mendaki (can’t wait to climb one day).then we pushed off to pekan kundasang then to Poring Hot Springs.pegi situ just rendam2 kaki, then we headed back to KK. singgah lunch kat Ranau and makan nasi goreng Bayu yg apparently die letak bunga kantan. not bad rasa die. on the way back ada la singgah kedai2 sayur and buah kat pekan kundasang tu, tp harga mahal sgt..walaupun undeniably fresh.so.tak beli apa2 pun. sampai KK dekat2 maghrib, checked in dekat Pacific Sutera, Sutera Harbour Marine and Golf Resort then malam tu free activity.byk lepak kat hotel halls, and jalan sana sini.apparently we were staying at the paling cikai la kat situ, Pacific Sutera.the one yg mengadap golf course.there are Magellan Sutera and Sutera Marina. Sutera Marina got all the amenities including gym, olympic sized pool, sauna etc. Magellan yg facing the seas and have private beach.so if we wanna use the facilities yg extravaganza tu kenala pi menapak tu either to Marina or Magellan. Internal shuttle pun being provided, so mmg best la. but over all mmg ok sgt laaa bilik kat Pacific tu pun.nak berendam bath tub pun bleh tgk tv. he he we were famous there la sebab bleh kata yg staying at the hotel mostly foreigners.either japanese and koreans (maybe sebab depa tu kaki golf kan…) or omputeh.looks like we were only malays staying there that time.pelik tak, dahla hotel kat negara sendiri plak tuhh.terasa mcm kat oversea pulak.and off course la DZ yg paling pemes, sebab mana2 pegi pun the hotel staff kenal mr DZ****, mesti the hotel staff dok ckp2, how come la he can bring 3 ladies pegi vacay ni..hehehehe.

day3_2.jpg

DAY 4 - 21st JAN 2008

day4.jpg

Snorkeling day. paid RM150 for 2 islands snorkeling trip + bbq lunch. went to Manukan Island first had lunch there pastu baru pegi Sapi Island.This is my most favourite activity psl banyak involve sand and water.Mmanukan byk sgt timun laut, yg buat gamat tu.geli je tgk, mcm lintah gemuk besar mcm carrot.yuckkk…dasar dia pun byk batu2, sgtla tak sedap nak pijak.masa kat manukan,tak nampak sgt ikan best2, ingatkan mmg not worth it la pilih manukan (actually we can choose byk lg pulau..like pulau tiga ke, pulau gaya ke etc) rupa rupanyaaa salah pilih area daaa…resort management dah mark dah tempat yg best…kitorang je salah tgk.ceh. DZ dok layan minah salleh in 2 piece la kot..hahah.series.mcm baywatch pun ada, asik nampak org bugill and berjemur jer.plak tu ada mamat2 safeguard ni dok atas pondok..pakai spentot kecik, tak ke mcm baywatch??? cuma mamat2 tu muka eksotik laa tapinyerr… bbq lunch, mcm2 stall ada. seafood as usual la.ada baby lobster (tak dpt lobster..baby pun jadilahhhh), and crab.tempura.spaggeti.salads.sate.kambing panggang pun ada.then lepas makan, main kad kejap.then headed to sapi island.sapi mmg byk ikan best.pasir pantai dia pun sgtttt halusss.masuk laut kejap je, dah nampak mcm2 ikan.ala2 ikan nemo tu bykla.cuma kaler je lain2. balik tu sgt2 la flat.tp malam tu kuar jugak pegi Centrepoint, to have dinner.

DAY 5 - 22nd JAN 2008

day5.jpg

Ani’s birthday~!!!. we surprised her with gifts during morning breakfast.dahla nyanyi2 plak tu, DZ siap pesan suruh kurangkan vibrato bile nyanyi tu sebab die segan org nengok..apadaaa… that day, we went to Penampang. To Monsopiad Cultural Village. The kadazan dusun’s famous warrior satu masa dulu.since we didnt have transport, we sort of gamble ourselves la with public transport to that village.quite jauh dalam jugak tempatnya.memula naik hotel shuttle bus to the city, then naik bas mini to penampang then naik small van to the village. it was worth paying RM45 for the experience we get there.memula pegi tgk ada this one show la.ada tarian2 kadazan semua.then they sort of making short drama where the audience need to participate.kunun2nyer nak sumpit eda, scary jugakla bila they came and keliling kitorang.siap jeling2 muka mcm nak makan org lg.terasa mcm jd tahanan plak.last2 eda kena naik atas stage, muka dah cuak giler.ruparupanyer eda kena sumpit belon bg pecah je..hehehehe priceless tau tgk muka eda masa tu.worth my 45 bucks.hahahaha. then we took part oso in their tarian buluh tu.tak berani la bila music dah jd cepat, takut tersepit kaki.then jalan2 la kat situ, tgk rumah asal monsopiad tu, siap dgn tengkorak2 semua (real one).main their games, their alat music, naik titi gantung, learn their method of preparing foods (lupa dah nama dia) etc.it was fun. then before balik, we tgk lg show yg sama masa mula2 td.this time yg jd mangsa is sorang mat salleh ni.muka mmg hahaha..susah nak describe la. had our lunch at penampang then heading back to KK.spent our evening at Tanjung Aru. Main tengteng while waiting sunset - the view was breathtaking. balik tu,mandi pool kejap.swimming pool dia cool giler, ada bar kat tgh2.cool.cool. then, siap2 and went out for karaoke session from 9pm till 1am (kedai tutup) .phew.masing2 naik shiekh.ada lagu ella yg telah di’awie’kan. ha ha.

day5_2.jpg

DAY 6 - 23rd JAN 2008

day6.jpg

check out after breakfast.then headed to filipino market for souvenirs etc.bought pearl bracelet for mom and myself.masa beli ikan kering, kuih cincin etc, ternampak la kuda laut kering.apparently sabahan eat its soup as one of the medicine for asthma.erk?? then nampak pulak timun2 laut ie lintah gummuk tu.kata tokey kedai, mmg depa makan sup rebusan lintah tuh.aiyark. singgah observatory place, took pictures then pegi ’simply choc’ for sabah hand-made choc.rasa and beli choc.then singgah balik hotel, took our luggage then head to airport.back to KL. tak best langsung the last day ni . balik je KL trus tkde mood. and amik EL for the next day nye.

Today masuk je opis ade plak advertisement Mt Kinabalu climbing - but I guess I have to pass first. Kewangan agak tk mencukup.i But surely will climb one sweet day.

All in all, mmg a journey worth remembering. Love u guys a lot, thru the bones (DZ skali tau). Can’t wait for next vacay. Chiow…



Wednesday, January 23, 2008

BIRD FEEDING

video


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.


cerita rakyat diplagiat dari sini

Monday, January 21, 2008

PESANAN PENAJA

video

Thursday, January 17, 2008

HILANGKAN DAHAGA

Jika ke Melaka, tidak sah sekiranya anda tidak singgah ke kedai-kedai runcit yang terdapat di sana. ya..satu karton air berkarbonat yang kami kirakan ianya mempunyai sentimental value..kami perolehi di Gadek, Melaka. 1 karton = RM 25, deposit pula RM 5. Jika karton tersebut dipulangkan bersama2 botol kosong, maka anda akan mendapat balik RM 5 berserta RM0.10/botol kosong. Perisa air berkarbonat itu pula masih mengekalkan keasliannya..ada perisa oren, sarsi dan aiskerim soda.

uhh...gaya minum ini boleh disalah-tafsirkan..kampai!!


PEKAN, PAHANG

Pada 24 & 25 November 2007, aku ke daerah Pekan, Pahang. Atas urusan kerja. Istimewanya Daerah Pekan ini terletak pada makanan tempatannya. Tarikan utama Murtabak Mengkasar, Puding Diraja, Samosa DiRaja dan lain-lain lagi. Terkenal juga dengan sajian makanan laut.

Penginapan sini tidak berapa banyak, boleh hubungi:

Inderapura resort (09-4267666 / 09-4267669) Chief resthouse (09-4226941)

Informasi mengenai Daerah Pekan, Pahang, klik sini.

Wednesday, January 16, 2008

STRAWBERI FARM

video

Kami makan ais kerim waffle berintikan cecair berperisa strawberi , strawberi milk shake dan strawberi pai di Raju Hill Strawberi Farm. Juga terdapat gadis genit yang bekerja di premis ini..thehehe

PUBERTI BERSAMA NIZAM NURI

Lokasi : Balai Polis Ringlet, Cameron Highland
Masa: 11.30 pagi
maklumat lanjut sini

video

What necessary items to have in your car for long distance travel
To my mind some of the more practical items to have in the car (especially for outstation travels) are those that would come in handy in the event of either a breakdown or a flat tyre. The following list, though not inexhaustible, includes equipment that can be very useful in the event that a car has to be attended to by the roadside.

1. Hazard Triangle or Cone (collapsible type)
2. Torchlight (dry-cell or car-battery operated)
3. Flashing lamp (signal beacon)
4. Cross spanner (for stubborn wheel nuts)
5. Wheel Jack
6. Wheel stopper
7. A set of hand tools (screw-drivers, spanners, etc.)
8. Jump cables ( to jump-start flat batteries)
9. Empty Jerry can or Petrol can (at least 10 litre capacity)
10. 5-litre of water in a handy container.

Items 1-3 are a necessity in an emergency roadside situation at night.
Items 4-7 are needed to change a flat tyre.
Item 8 is self-explanatory when your battery is flat (particularly for Auto Trans Cars)
Item 9 would be useful when in need to buy petrol or in preparation thereof when traversing remote areas.
Item 10 can be a saviour for your radiator reservoir or simply for any cleaning purposes.

A note for the over-zealously careful motorist:
Neither you nor your car is geared for any rescue or civil-defence work. So leave that to the professionals else you need to have a 4-wheel drive car every time you make a trip outstation.

-diplagiat dari sini-

Monday, January 7, 2008

SEPETANG BERSAMA HUJAN

HUJAN sering disinonimkan dengan keadaan cuaca yang sejuk dan dingin. Namun jika disebut kumpulan Hujan, apa yang tergambar di fikiran adalah satu fenomena yang sedang hangat dan membara yang melanda industri hiburan tanah air masa kini terutama buat penggemar muzik underground.

Kumpulan yang dianggotai empat anak muda iaitu Noh (vokalis), IY.AG (gitaris), Ambobzeela (drummer) dan Dukegong (basis) ini semakin mencipta nama dalam industri muzik. Malah diakui populariti yang mereka kecapi setanding dengan kumpulan muzik dari arus perdana.

Cuma mungkin mereka agak ‘malu’ untuk menonjolkan diri dan lebih senang bersikap low profile berbanding terlalu didedahkan dengan publisiti murahan yang bertentangan dengan imej dan perjuangan muzik mereka.

Buktinya, selepas beberapa kali dipujuk untuk menjayakan fotografi, vokalis serta jurucakap Hujan, Noh masih belum dapat memberi kata putus. Malah dia juga tidak dapat memberi jaminan untuk mengumpulkan kesemua anggota kumpulannya pada masa yang sama kerana terikat dengan komitmen masing-masing.

Mujurlah sewaktu sidang media pengumuman sambutan ulang tahun keempat stesen televisyen 8TV, Hujan hadir sebagai tetamu. Walaupun cuma Noh seorang diri yang muncul, namun itu sudah cukup untuk mendasari hati vokalis kumpulan yang berjaya melakar sejarah tersendiri dalam muzik underground.

Terlalu banyak perkara hebat yang penulis dengar mengenai kumpulan ini. Jika tidak masakan kumpulan rock dari seberang, Slank memberi pujian melangit terhadap mereka. Yang pasti, Hujan yang mula ditubuhkan sekitar 2005 berjaya mencipta fenomena sekali gus membuka mata banyak pihak bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan kumpulan muzik berbakat.

Berbicara dengan vokalis yang mempunyai potongan rambut ala kumpulan Beatles ini, sesi temu bual yang dijangka serius menjadi sebaliknya. Biarpun berperwatakan gila-gila tetapi bagi Noh, mereka ada wawasan tersendiri dalam berkarya. Bernafas dalam jalur muzik rock alternatif, Hujan lebih senang bergerak bebas tanpa sebarang kawalan dari syarikat rakaman.

“Kami lebih senang begini. Jual EP menerusi internet dan buat persembahan tanpa mengira mahal atau murah. Yang penting pengikut kami gembira. Kalau kami jadi artis rakaman, semuanya nak kena ikut telunjuk mereka. Tak boleh buat konsert murah macam kita buat sekarang. Jadi buat masa ini, kami lebih senang bergerak bebas. Kami tak mahu kehilangan apa yang kami kecapi sekarang,” tegas Noh yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan hip hop, Mix.

Mengulas fenomena yang mereka cetuskan di kalangan penggemar muzik underground, Noh berkata mereka tidak pernah menyangka menerima sambutan sebegitu.

“Bagi Hujan, apa yang kami lakukan ini adalah semata-mata kerana kami begitu meminati muzik. Lagipun, mungkin sebab Hujan menyanyikan lagu berentak seperti ini dalam bahasa Melayu kerana kalau kita tengok, kebanyakan kumpulan muzik lain lebih selesa menyanyi dalam bahasa Inggeris,” jelas Noh selamba.

Menyingkap sejarah awal penubuhan Hujan, Noh berkata semuanya bermula menerusi laman web my Space. Perkenalan dari laman web popular itu menjadikan kumpulan Hujan terus berada di kedudukan sekarang.

“Saya mengenali anggota lain menerusi laman web ini. Daripada bersembang biasa mengenai muzik sehinggalah timbul idea untuk jamming bersama. dan dari situ maka lahirlah kumpulan Hujan,”katanya sambil mengakui kebanyakan aktiviti kumpulan Hujan semuanya dilakukan menerusi laman web itu.

Walaupun bergerak ‘bawah tanah’ namun kehebatan kumpulan ini dapat dihidu hingga ke luar negara. Dan sekiranya tiada aral melintang, Mac depan, Hujan akan berangkat ke United Kingdom untuk membuat persembahan di sana.

”Kami membuat persembahan di sana atas undangan pelajar kolej sana. Ada empat kolej terbabit dalam penganjuran konsert ini. Antaranya di Cardiff, Liverpool dan London. Apapun, perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan. Semoga ia menjadi kenyataan,”pinta Noh.

Terbabit dalam program amal

DALAM pada sibuk berkarya, penuhi undangan persembahan di sana sini, Hujan tidak pernah mengenepikan tanggungjawab sosial mereka terhadap insan yang kurang bernasib baik.Justeru pembabitan mereka dalam program Click A Child dilihat sebagai satu lagi sumbangan mereka selain bermain muzik.

“Sebenarnya kami sudah lama terbabit dalam kerja amal ini. Projek ini dijalankan secara kerjasama dengan Persatuan Anak Yatim SeMalaysia atau PEYATIM. Apa yang kami lakukan adalah pergi ke rumah anak yatim serta peruntukkan masa bersama mereka. Kami juga meminta tajaan daripada mana-mana badan korporat untuk membantu rumah anak-anak yatim ini.

“Bagaimanapun, wang yang kami terima itu bukan untuk perbelanjaan makan dan minum mereka kerana itu semua sudah ada pihak lain yang membantu. Sebaliknya, wang itu akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan mereka.

“Contohnya jika ada di antara kanak-kanak itu meminati bidang sukan, kita akan gunakan wang itu untuk melatih mereka sehingga mereka mencapai tahap profesional. Itu rasanya lebih bermanfaat buat mereka,”cerita Noh yang kini sedang menyiapkan laman web khas untuk tujuan itu.


FAKTA: Hujan

  • HUJAN ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Dianggotai oleh Noh (vokalis), IY A.G (gitaris), Ambobzeela (drummer) dan Dugong (basis)
  • KUMPULAN muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu bahasa Malaysia. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.

  • HUJAN boleh dihubungi menerusi laman web www.myspace.com/kugiranhujan

  • PERNAH melahirkan EP yang berjudul 1,2,3 Go! . Antara lagu yang terkandung dalam album ini adalah Gundah, Kuala Lumpur, Ahmoi Chantek, Hiba, Pagi Yang Gelap dan Sekejap Sahaja. Mereka juga pernah mengeluarkan beberapa demo dan antara yang popular adalah Ludah Amerika, Luka Mana , Mama Papa, Empayar Mu, Dikala Bulan Bermain Bola, Sedih dan Neon.

  • MENDAPAT pujian daripada kumpulan rock Indonesia, Slank selepas menyaksikan mereka beraksi di kelab Little Havana pertengahan tahun lalu.

  • MUNCUL dengan album EP kedua mereka 15 Disember lalu berjudul Check Check Rock Rock. Nama itu dipilih kerana mereka gemar menyebut ayat itu sebelum memulakan persembahan.
-plagiat gila babi dari http://jengkoi.blogspot.com -

Thursday, January 3, 2008

LANGKAWI


Bertemu lagi kita dalam trip bersama team KKS. Seperti sedia maklum pada 27 Disember 2007, team KKS telah mengadakan trip ke Langkawi.

27 Disember 2007

Mula bertolak pada jam 7.00 pm di Komuter Serdang menghala ke KL Sentral (RM 1.70 sehala)..kemudian dengan menaiki keretapi KL-Butterworth-Hadtyai (RM 25/seat) menghala ke Alor Setar pada pukul 8.45 pm ..

perjalanan mengambil masa dalam lebih 8 jam..anda di nasihatkan menempah koc yang ada katil..(RM 40)..demi keselesaan badan anda..bila tiba di Butterworth, Pulau Pinang..akan berlaku pertukaran gerabak dan anda tidak perlu risau akan situasi ini. Sepanjang dalam keretapi ini, ada beberapa tempat yang boleh menarik perhatian anda sekiranya keretapi akan merentasi tasik di laluan Bukit Merah, keretapi melalui sepanjang terowong di laluan menghala Ipoh, merentasi sawah padi di laluan selepas Butterworth.

Anda juga dinasihatkan membawa bekalan makanan dan minuman ringan kerana kantin dalam keretapi boleh tahan juga harganya..

28 Disember 2007

Kami tiba di Hentian Alor Setar pada pukul 9.30 am. Kemudian kami mencari teksi sapu (RM 18), kemudian kami menghala ke Pekan Rabu untuk bersarapan..Jam 10.15 am kami menghala ke Jeti Kuala Kedah dan menaiki feri (RM 23/seorang/sehala) menuju ke Pulau Langkawi. Cuaca yang cerah dan hari yang tenang mengiringi pengembaraan kami ke Langkawi..perjalanan mengambil masa sejam sebelum tiba di Jeti Kuah, Langkawi.

Sampai di sana, pemilik-pemilik kereta sewa akan mengerumuni anda dan untuk pengetahuan harga sewa kereta sama harga sewa kereta kat KL. Sebelum membawa kereta sewa tersebut, pastikan anda memeriksa kondisi kereta termasuk enjin, keadaan tayar, lampu kereta, wiper, aircond..dan lain-lain yang dirasakan perlu agar biar berbaloi dengan perbelanjaan yang anda telah keluarkan. Harga kereta juga boleh di negotiate mengikut budi bicara masing-masing..hatta anda boleh berbicara loghat utara sekalipun..ahaha..

Jam 1.30 pm, kami menghala ke rumah mak usu qadir di Kelibang untuk homestay kami.

Kami tiba di sana pada jam 2.00 pm dan kami makan, berehat-rehat sebelum kami berjalan-jalan di area Pulau Langkawi.

Jam 3.00 petang, kami ke Gunung Machinchang untuk menaiki kereta kabel. Harga tiket kereta kabel (RM 25/orang tetapi jika warga negara Malaysia cuma RM 15/orang)..pengalaman menaiki kereta kabel memang marvelous..dengan keadaan kereta kabel yang hanya berpaut pada kabel dan keadaan tali kabel yang berayun-ayun..pastikan anda membawa rakan-rakan yang tidak terlalu hiper, jika tidak akan menyebabkan rakan anda yang mengalami aeroacrophobia akan bertambah kronik..

video
perjalanan dalam kereta kabel hanya mengambil masa selama 15-20 minit untuk tiba di puncak Gunung Machinchang. Di puncak Gunung Machinchang terdapat jambatan buatan manusia yang dibina 700 meter dari aras laut dan laluan jambatan tersebut sejauh 125 meter. Keadaan jambatan yang akan terbuai-buai apabila laluan angin melalui kawasan tersebut.

Di atas jambatan ini, anda akan menikmati panorama indah di sekitar Gunung Machinchang. Kemudian, kami turun sebelum pukul 5.oo pm dan menikmati kawasan kaki Gunung Machinchang..

terdapat zoo mini yang menempatkan haiwan eksotik, gerai makanan antarabangsa, landskap yang menarik serta gerai cenderamata di Oriental Village. Kemudian kami ke Pantai Pasir Tengkorak untuk skodeng awek topless panorama indah di sana..kemudian kami mandi-manda sebelum keluar dari sana pada pukul 7.00 pm. Dalam pukul 9.00 pm kami sampai ke homestay kami. Jam 11.00 malam, kami keluar pergi ke Pantai Cenang untuk tujuan berpeleseran. Aktiviti malam di sini sungguh meriah..ada aktiviti bbq, camp fire serta aktiviti bersantai bersama rakan-rakan overseas..sekumpulan penyanyi reggae menyanyikan lagu2 mendiang Bob Marley, yang kami rasakan yang kami ini di zaman hippies..sungguh cool. Kemudian kami makan-makan di gerai di situ sebelum pulang untuk beradu.

29 Disember 2007

Jam 10.00 am, kami mulakan operasi menawan persisiran pantai. Kami menghala ke Pantai Tanjung Rhu untuk bersiar-siar.

Kemudian, kami menuju ke Air Terjun Telaga Tujuh. Sampai di Air Terjun Telaga Tujuh, anda perlu trekking dengan keadaan jalan 35 darjah dalam 20-30 minit untuk tiba di puncak Air Terjun Telaga Tujuh.

video
Telaga Tujuh tidak begitu dalam (kedalaman hanya paras lutut) dan terdapat laluan air terjun di mana anda boleh mengelongsor dari satu tempat ke tempat lain. Difahamkan juga, ada sesetengah tempat di Telaga Tujuh ini, jika tersalah masuk, maka anda akan tembus ke lautan, jadi berhati-hati ye..!!. Walau apa pun, tempatnya amat sesuai untuk beromen berkelah dan di puncak Telaga Tujuh ini juga anda dapat melihat panorama yang indah. Anda juga dapat melihat kereta kabel yang sedang menaiki puncak Gunung Machinchang. Peraturan di puncak Telaga Tujuh perlu dipatuhi agar dapat mengelak kecelakaan. Kami kemudian bertolak dari Air Terjun Telaga Tujuh pada jam 5.00 pm menghala ke Pantai Cenang.

Pada jam 8.00 pm baru kami bergerak pulang ke homestay untuk makan malam dan merancang aktiviti yang seterusnya. Jam 11.00 malam, hanya Zaidi gomen, Wan, Nizo dan Qadir pergi ke Pantai Cenang untuk menonton perlawanan bola antara Arsenal lawan Everton di gerai yang ada siaran Astro. Kemudian Zaidi gomen dan Wan pergi ke Pantai Cenang pada jam 3.00 am, tetapi usaha diorang untuk tido di tepian pantai tidak kesampaian kerana ada orang call pasal nak balik tido kat homestay.

30 Disember 2007

Jam 10.00 am, kami membeli barangan untuk membuat BBQ. Di atas bantuan makcik kedai barangan dapur, kami berjaya mencipta marinated BBQ KKS..

Selesai kami memeram ayam untuk BBQ, kami kemudiannya menyantap makanan tengahari di Nasi Ayam Pak Ya di Pekan Kuah..

Jam 3.00 pm, kami plan untuk Island Hooping. Kami menyewa bot dengan Abang Kamal ( 013-4167749) untuk ke Pulau Kentut Kecil, ke tempat bagi makan Helang (eagle feeding) dan ke Pulau Dayang Bunting..

Di Pulau Kentut Kecil, kami berpeluang untuk membuat sun bathing sambil di temani oleh hot mom yang berambut Mars volta..kami kemudian snorkeling mengelilingi pulau tersebut. Di tempat makan helang pula, dapat melihat aktiviti helang menyambar kulit ayam yang telah disiat-siat oleh tekong bot. Namun mencampakkan kulit ayam ini tidak digalakkan oleh Jabatan Haiwan kerana telur yang dihasilkan oleh helang ini tidak mempunyai anak, malah helang tersebut akan malas nak cari makanan sendiri.

Kemudian kami ke Pulau Dayang Bunting, di sini Abang Kamal mencerita serba sedikit mengenai lagenda yang terdapat di Pulau Dayang Bunting secara amnya..lanjutan cheritera Langkawi..setibanya di sana, kami kena trekking dalam 10 minit untuk tiba di Tasik Dayang Bunting..

video

di sini telah disediakan aktiviti sukan air seperti kayak, bot kayuh dan platform untuk aktiviti terjun tiruk..nak dijadikan cerita betul, arip terjatuh ke tengah tasik setelah membuat stunt ala-ala mendayung gondola Itali ketika menaiki kayak. Kemudian Wan pula terjatuh sama setelah mendapati kayak mereka naiki sebenarnya dah bocor, kemudian Qadir yang berpasangan dengan Nizam pula sengaja terjun ke tengah tasik dengan alasan ingin menyelamatkan arip dan Wan (sebenarnya takde makna pun..hahah). Brader yang jaga kayak ni pula hanya menyelamatkan kayak yang bocor, manakala arip, wan dan qadir dibiarkan berenang bersendirian..ahahah.

jam 7.00 pm kami kembali ke jeti. Pukul 12.00 malam, kami mulakan aktiviti BBQ di Pantai Cenang. tension juga malam tu sebab kami memBBQ di tempat orang berkaraoke..orang yang menyanyi malam tu..haram sungguh nyanyian beliau..hahaha...Malam tu kami plan nak tido di tepian pantai, malangnya ade orang nak balik tido kat homestay jugak..adoihh..melepasla lagi..

31 Disember 2007

Jam 7.00 am, pagi itu hanya Wafi yang menghantar Nizo ke Jeti Kuah. Nizo kena balik pasal beliau akan bertugas di tempat baru (Technology Park Malaysia) pada 2 Januari 2008. Team KKS yang lain masih terbungkang lagi. Si Qadir pula tido sambil memegang kuih sarapan pagi..heheh..Nizo kemudiannya akan menaiki bas di Kuala Perlis pada pukul 9.00 am menghala terus ke KL. Jam 12.00 pm, kami bersiap-siap untuk berjalan-jalan di area Langkawi ini, tumpuan pertama kami di Barn Thai..

sebuah restoran ala thai yang terletak sejauh 100 meter dalam kawasan hutan paya bakau. Di sepanjang laluan tersebut, terdapatnya unggas² dan haiwan liar berkeliaran di dalam hutan bakau tersebut. di fahamkan bahawa Tun Dr Mahathir selalu makan di sini bersama keluarga beliau. Kemudian kami ke Air Terjun Temurun,

kami melihat tempat ini masih mengekalkan keadaan flora dan fauna semulajadinya..cuma mendukacitakan tempat ini tidak semeriah dulu kerana keadaan air terjunnya tidak berapa menarik, kecuali semasa musim hujan serta keadaan kemudahan awam yang tidak berjaga.. Kami kemudiaanya menghala ke Pantai Pasir Tengkorak untuk bermandi manda. Menurut ceritera penduduk tempatan, mereka percaya bahawa terdapat pusaran di lautan dan tengkorak2 mangsa terdampar di pantai ini. Oleh sebab itu digelar ini Pantai Pasir Tengkorak...tapi itu cerita dulu la..sekarang ni pantai ini indah, disediakan chalet untuk penginapan seisi keluarga, disediakan kemudahan bilik air dan surau. Panorama petangnya sungguh indah..jam 7.00 pm kami bertolak dan membersihkan diri di Air Terjun Temurun. Jam 9.00 malam, kami bertolak ke Dataran Lang, bagi menyaksikan malam Tahun Baru 2008. Persembahan kebudayaan dan artis menceriakan suasana sebelum Menteri Besar Kedah merasmikan Royal Golden Jubilee 2008

bersempena dengan countdown Tahun Baru. Persembahan bunga api serta awek-awek Langkawi yang baek memeriahkan suasana mata Team KKS...ahahaha..malam itu kami sangkakan sepi meleset sama sekali persembahan dari band Hujan memeriahkan team KKS terutama Qadir dan rakan² (siap request lagu "Lonely Soldier Boy") yang turut sama-sama sing along. Setelah tamat bersuka -ria, kami minum-minum dan makan kerang rebus di area Pekan Kuah sebelum pulang.

1 Januari 2007

Jam 10.00 a.m, kami ke Jeti Kuah untuk membeli tiket perjalanan balik (feri) dan membeli barangan cenderamata, barangan di Jeti Kuah mahal dan takde diskaun (kemut punya cashier). Kemudiannya, kami menuju ke Pekan Kuah untuk membeli sedikit cenderamata untuk di bawa balik. Untuk pengetahuan, barangan seperti coklat, pinggan mangkuk, barangan dapur dan kain boleh didapati dengan murah di Pekan Rabu ini, tempat lain walaupun duty free masih mahal juga disebabkan kos menyewa kedai. Jam 1.00 pm, kami kembali ke homestay dan packing barang. Kami team KKS ingin mengucapkan banyak² terima kasih diatas layanan first class Pak Usu Qadir dan sekeluarga

sepanjang kami menginap di homestay tersebut, tidak lupa pada Abang Kamal yang menyewa bot kepada kami dengan harga sewa bot yang amat berpatutan. Jam 2.00 pm, kami menghantar kereta sewa sebelum ke jeti Kuah. Kami menaiki feri pada jam 3.30 petang dan sampai ke Kuala Kedah sejam kemudian. Naik teksi sapu hingga ke stesen keretapi Alor Setar. Kami simpan barang di sana dan kami berjalan ke Pekan Rabu untuk makan petang. Jam 7.00 pm, kami mula menaiki keretapi dan tiba di Butterworth, Pulau Pinang..berlaku pertambahan gerabak keretapi..masa kami terbuang lebih 45 minit di sana sebelum meneruskan perjalanan terus ke KL Sentral. Jam 7.00 kami tiba di KL Sentral..kelihatan ramai orang sudah mula bekerja..berebut-berebut masuk ke Komuter..hingga Zaidi dan Qadir tertinggal train...macam sial..Jam 8.00 am baru sampai Serdang. Zaidi, Arip, Wafi dan Qadir kerja pada hari tersebut, manakala yang lain masih sambung cuti...ahh..kami kembali lagi kepada hikuk-pikuk dan pencemaran KL..