Sunday, May 31, 2009

SUCI DALAM DEBU DI BORNEO

berikut adalah catatan saudara ahmad zairi (mantan budak Serdang) mengenai trip beliau ke Sabah. Saksikan :

Event yg dinanti-nantikan oleh aku dan team mate aku sekian lamanyer telah tiba. Borneo DH Challenge 2009. Here we come Sabah…more pic here (thanks to meyerstyan.blogspot.com)


Day 1 (14/05/09 Thursday)
Bangun pg aku terus bersyukur kerna tak disangka-sangka aku dpt peluang bertanding di peringkat antarabangsa. Nih jugak adalah trip pertama aku ke sabah dgn membawa nama RB Racing team. Termenung jauh aku seketika, tp bingkas bersiap-siap utk ke airport Senai. Flight aku depart at 0715 hours. Tiket sehala ke KK murah ajer, cume RM148 + RM40 (15kg) for sport equipments – basikal le.



Airport Senai, JB


Tiba di KK dlm kul 0930 hours. Terus disambut oleh organizer event di airport. We were taken straight to Hotel Merdeka, Kg. Air. Where all outstation rider are staying. But if you guys are planning to go to KK, don’t stay in Kg. Air. When you told local people that you’re staying here, they will laugh out loud. Tempat nih serupa macam Chow Kit Road. Pelacur Filipino bersepah kat bawah hotel. Tengah-tengah malam bersiap sedia ler pintu bilik diketuk orang. “Mau cuba ba? Murah aje 80 ringgit sudah ba…”



Dah siap makan dan unpack basikal dlm kul 1530 hours, kami pun berkumpul di kedai basikal SPRING TRADING (antara main sponsor utk event ni) utk pergi survey track di Bukit Padang bersama-sama rider dari KL, Singapore dan Indonesia. Track sepanjang 1.5 km memang “mantap”. Kering, berdebu, high speed campur road garden hampir sepanjang 200m, step-up, step-down, burm beso, tight high speed off-chamber, dan drop setinggi 6 kaki. Agak kaget jugak aku, sebab xpernah dapat trek sebegini ruper. Kami di JB cume ade singletrack dan technical route je. Trek ni memang high speed.










Tamat training, malamnyer kami beramai-ramai pergi makan di sekitar kawasan hotel sahaja. Kami semua makan di Water Front. Menu simple-simple je sambil melihat sunset di KK. Hari pertama memang memenatkan. Jd kitorang bercadang utk masuk tido lebih awal.


Sunset at Water Front, KK.




Day 2 (15/05/09 Friday)

Seperti biase, aku bgn pagi kul 0600 hours. Tapi, alangkah terkejutnyer aku, langit di KK dah cerah macam kul 0730 hours. Terus bersiap-siap, kul 0730 hours kami pergi training lagi bersama-sama rider lain. Today nothing much happen. Finish training at 1600 hours. Went back to hotel for shower. Then at 1800 hours go to BBQ arranged by organizer. Eat and drink all that you can. Drink beer – free, drink 100 PLUS – pay. Yeah, thanks organizer for ur keperihatinan….


Day 3 (16/05/09 Saturday)

Hari ni aku sempat dengar azan subuh at 0445 hours tp xlarat so pengsan balik. 0700 hours breakfast and then go to the track for seeding run (time trial). But the seeding start at 1000 hours, so aku pun menghabiskan masa flirting with RedBull’s girls. Kaching!! Berjaya jugak dapat nombor phonenyer. Hu hu hu… seeding run finish at 1430 hours. Go back to hotel and get ready for night out with RedBull’s girls.

At 2000 hours we meet up with the girls. Masalahnyer, the meeting point is about 300 meters from the hotel! Why? Alasan, kalu “Mak Ayam” area hotel see outside women in that area, they will immediately halau atau maki them. Mau jaga business ba…. Tak bley belah. Malam tu kami planned to have dinner at seafood restaurant near Tanjung Aru Beach 2, Restaurant Selera, but our guide sesat! A journey of 15 minutes become 45 minutes. WTF? We become the guest of Iza (RedBull’s event manager), and anak buahnyer Zila (sumandak), Fiona (Indo-Kadazan), and Eyna (Bajau).

At 2400 hours, we decided to go for a massage. Massage only yer! Nak buang stress, kononnyer. Cost about RM63 for whole body massage. The jobs were done by Filipino girls. Nice…


Day 4 (17/05/09 Sunday)

Race day! At the track 0900 hours and stretching before start the race. Race start at 1030 hours. Hari nih aku bg 110% berbanding semalam. Tapi gelojoh sgt sampai xdpt buat clean run. A bit sketchy here and there. Bengang betul! Cumer dpt improve 10 seconds dr time semalam. Placing nombor 11 jer, target Top 10. Tapi aku sempat jugak lah duduk kat HOT SEAT tu, sebab masa aku terpantas (for the moment). Dikelilingi awek-awek sumandak sebagai gadis litar. Pergh….










qadir, ko bila lagi nak sampai tahap camni?



Hot Seat (gambar ini saya dedicatekan kepada saudara Uzma)


Nasib aku memang baik, walaupun xdpt Top 10 tp aku menang cabutan bertuah. He he he…. Dapat ler brake hydraulic KCNC, worth RM800. Berbaloi jugak aku datang jauh-jauh.


Lucky draw?


Di sebelah malamnyer pulak, organizer already arrange a party at Water Front. Aduhai gadis-gadisnyer meletup-letup. Tp aku xlama kat situ sebab diorang semua dah start mabuk. So, me and my team mate went for window shopping at Filipine market, Warisan Mall, and Borneo craft. Habis duit aku beli loket mutiara ngan kristal untuk member kat opis. Diorang kirim pakai air liur je…


Day 5 (18/05/09 Monday)

Bangun awal hari ni bersiap-sedia tuk keluar dating ngan awek RedBull. Our tour guide today are Eyna (Bajau girl) and Suzane (Dusun girl). Start journey at 0730 hours, straight to Karambunai. Punyelah awal sampai, beruk pun tak nampak batang hidung. Dah la masuk RM10 pax. But, we enjoy the nice scenery of paya bakau in the morning with kicauan burung hijrah.







Karambunai


Next, we decided to go to Ranau where the Kinabalu Parks located. The journey is around 83km (1 ½ hours drive) along the banjaran crocker. Along the way, you will pass through Kundasang. Here the scenery is almost the same as in Lord of the ring movie, cume banyak anjing liar je. Then you will come across nama tempat ‘Bundu Tuhan’. Aku ingatkan tempat ape da… rupenyer ade cite disebalik nama nih. Suzane cite, orang Dusun di kawasan ni hormat kpd semangat yg ada pada pokok yg bernama ‘Bundu’. Jadi, bile diorang nak tebang atau trim pokok ni, diorang akan mintak izin dgn membaca mantera. Kalu suke-suke je tebang, boleh jadi kulit berkudis (mungkin die dah kene kut, aku cube gak usha tapi tak nampak lak). ‘Tuhan’ lak maksudnye tumbang. Tapi aku still tak dapat kaitkan dua perkataan tu. Kompius aku. Tapi scenery kat sini memang champion. Elevation di sini dah cecah 1700m dari paras laut. Kitorang rehat di gerai makan Kak Zah sambil mengunyah goreng pisang. Goreng pisang nyer fresh, kitorang pun tanpa segan-silu top-up lagi. Kemudian kami pun singgah di Kundasang War Memorial. Taman-taman bunga yang cantik mengaburi peristiwa hitam lalu.


Berlatar-belakang kaki gunung Kinabalu yang ditutupi awan


Diorang suruh tunggu hari panas boleh nampak Gunung Kinabalu, tapi nak tunggu brape hari?


Seterusnye, kami singgah di Kinabalu Parks. Ni la tempat starting point untuk pendaki gunung Kinabalu melalui gate Pondok Timpohon. Elevation kat sini pun dah cecah 1860m dari paras laut. Rugi betul tak planning awal-awal, kalu tak dah bleh panjat gunung Kinabalu. Maybe next time then.


Starting gate to Mt. Kinabalu


Kemudian, kami bercadang untuk singgah di Poring Hot Spring 33km dari Kinabalu Park untuk berendam dikolam air panas sambil trekking canopy walk (jabatan gantung 40m dari tanah). Namun masa amat mencemburi kami. Cancel. Kami pun bertolak pulang ke KK. On the way back, singgah jugak kat Kg. Salut untuk makan tengahari dengan desert kelapa bakar yang dikatakan famous. Setelah selesai, singgah pulak kat 1Borneo Mall shopping baju jap.




Finally arrived at hotel, siap packing kami pun bertolak ke airport. Flight depart kul 2130 hours. Selamat tinggal KK. I love KK…


kredit gambar:

  • meyerstyan.blogspot.com
  • johnlkong.com

Tuesday, April 28, 2009

TRIP OUTDOOR KE PULAU HENTIAN

Kali ini team KKS memaparkan trip solo salah seorang ahlinya iaitu Arif Gomen yang membuat program ‘release tension’ beliau sendiri di Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman. Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada 24 hingga 26 April yang lepas antaranya ialah memancing laut, snokerling, candat sotong, menembak burung dan haiwan hutan, serta makan-makan.. Kita ikuti perjalanan beliau.."chek it dout"..hahahaha

Day 1 (Jumaat, 24 April 2009)

Peh, this is my 1st trip memancing, tak pernah pegang joran pun selama ni, ni 1st time, tapi kalau berkhemah, naik bot, whaler atau kayak keliling pangkor & pulau rumbia tu aku dah biasa da.. (thanks OBS) Perjalanan mengambil masa 7 jam daripada Putrajaya ke Besut, kami satu pejabat diketuai oleh SUSK (Setiausaha sulit kanan- En. Bad) telah mengambil 2 bijik MPV (Fortuner dan Serena) memulakan gerakan sekitar jam 10.30 pagi daripada Putrajaya. Kami breakfast dulu di mamak present 9 dan menuju ke Besut mengikut jalan Hiway KL-Putrajaya, masuk tol gombak, lalu Highway Pantai Timur sebelum ikut jalan lama Jabor, Dungun melalui tasik kenyir. Jam 2.00 petang (tak solat jumaat, musafir) kami singgah di Kuala Berang untuk makan tengahari. Semuanya dah di arrange oleh Tuan SUSK kami, memang ‘A’ la makan tengahari kami time tu, ikan kelah, baung masak tempoyak dan ikan sebrau serta keli panggang (semua ikan darat) yang dibeli fresh daripada tasik kenyir..siap ulam kampung lagi dengan jus pegaga..terbaik..


Ni je yang sempat ambil gambar, tu pun pasal dah lapar..

Sesampainya kami di Besut, kami melepakkan diri dan bermalam di Pantai Kluang Beach Resort (berdekatan dengan Jeti Besut). Korang jangan ingat Besut ni cikai, ni ha aku tunjukkan bilik mandi dia..

ni bilik mandi, giler la..

ni plak ruang tamu..

Ganas gila bilik dia..terkejut aku, tak guna cerita banyak, malam tu kami pergi dinner kat Kampung Kayu Kelat, kampung SUSK kami..makan ICT (ikan celup tepung), sotong goreng, ayam ayam (ni rozaid bagi nama) iaitu ayam hutan yang ditembak, kecik tapi sedap giler, eksotik habis la.. dah kenyang, tanpa banyak soal kami terus blah dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih pada tuan rumah..

Day 2 (Sabtu, 25 April 2009)

Kami mulakan hari kedua dengan solat Subuh secara berasingan, ada jugak yang subuh atas katil (nama dirahsiakan), kemudian terus bergerak ke Jeti Besut. Tapi sebelum ke Jeti, kami singgah breakfast di salah sebuah port untuk makan ikan dan sotong bakar. Kami ditemani oleh YDP Majlis Daerah Besut, En. Wan dan juga Y.Bhg. Pegawai Daerah Besut. Sambil-sambil makan, sambil mesyuarat tentang isu pembangunan dan politik semasa. Menurut ceritanya, petua semua orang yang nak ke laut kena makan dulu ikan dan sotong bakar ni (mangsa kami seterusnya) kerana dikhuatiri nanti bila memancing takkan dapat hasil. (Hasilnya, pak abu, pilot kami pergi cari toilet untuk buang hasilan yang kami makan tadi.)

Kami mulakan di Jeti, selepas punggah barang-barang untuk bekalan kami dan juga menyapu losen sunblock jenama banana boat, kami pun naik kapal memancing kami dengan kelajuan 1.3 knot menuju ke timur laut menuju ke destinasi kami, laut lepas!

Dulu kami dah bayar deposit bot ni untuk trip memancing, tapi bila owner dia suruh kami tarik sendiri masuk laut, tak jadi la

Kemudian sesampainya di tengah lautan, tak payah cerita banyak, joran mula dicasting ke dalam laut, memandangkan ni kali pertama aku pegang pancing, maka terpaksa amik tutorial selama 5 minit cara-cara memegang pancing..

posing macho sebelum pancing

Roslan tengah siapkan umpan sotong untuk pancing, tembikai 2 bijik di belakang tu untuk makan-makan sambil tunggu ikan..

Kami naik bot mewah ni,siap ada sofa kulit lagi bagi mamat berdua ni yang dah mabuk laut melepakkan dirinya..

Tangkapanku yang pertama, kerapu pisang…(boleh masuk diari ni)

Tangkapan aku seterusnya..Ikan merah ni aku naikkan selepas 5 minit bergelut menggunakan umpan kepala sotong..

Tengah bergelut untuk naikkan ikan, skil ni tak semua orang boleh buat..balancing, determination dan enthusiasm is compulsory. (Baju aku di sponsor oleh Zaidi Tajuddin KKS-UPM sempena Tree Planting Ceremony)

Ikan 0h ikan yang menjadi rezeki kami..

Selepas puas memancing untuk hari pertama, kami pergi check in di Perhentian Coral Resort untuk snokerling sebelum aktiviti malam iaitu candat sotong..

Gaya macho seorang gomen yang dalam perhentian (baca:perhatian)

Tiga sekawan: ayam hutan, ayam lumba, ayam serama (tak caya tengok baju)..

Aktiviti mencandat sotong di malam hari..naik dekat 50 kilo..(bukan sotong, tapi darah yang naik sebab ramai yang tido & mabuk laut daripada yangberjaga..)


Hari ketiga (26 April 2009 Ahad)

Kami mulakan hari terakhir kami dengan breakfast nasi minyak ngan kari ayam..dan terus naik bot sambil memancing buat kali terakhir on the way balik ke jeti besut, ini kerana aktiviti petang kami adalah pergi menembak burung dan ayam hutan di Kampung Kayu Kelat..

Keindahan sawah padi yang menguning di Kampung Kayu Kelat, tempat kelahiran En.Bad..

En Bad tertembak kaki Dous (berbaju polo).. Dous sorang lagi atas trak putih tu..

Jom memburu rindu..

cubaan menembak babi hutan

Pengalaman latihan menembak M-16 semasa latihan tentera di INTAN diaplikasikan sepenuhnya ke atas burung-burung dan ayam hutan di terengganu yang bernasib malang itu hari..Kami menembak sehingga kedengaran azan maghrib yang menggamit kami pulang sebelum ada yang tertembak kawan sendiri..


Kalau nak menembak, kasut timberland juga membantu meningkatkan 15% ketepatan menembak.


Bersama hasil tembakan tepat..


Kelongsong peluru tajaan SME Rimba Batu Arang..


Matahari terbenam di Kg. Kayu Kelat, Besut, Terengganu..

Monday, April 27, 2009

MOUNTAIN BIKE DI SUNGAI PENING

Berikut adalah catatan ringkas beserta banyak gambar dari bro matta.

venue: Sg pening track mtb
start 8.00am
rider: aku,dr pauzi,en nordin

:>specel tanks kat Dr Pauzi blanja Tose MaMak



























DARI SINI KE SANA

Trip beskal dari putrajaya ke teluk kemang, nukilan dari bro matta

19-04-09 putrajaya - teluk kemang
15 org rider
distance 180km++




preparation stat kayuh kat park information...ni olang lambat datang
rock racing team!!

pose manja dgn zain,hehehe

dino dgn eureka sepet manjang gado...

ajak


esmen

chue yg kuat!
peloton

water point kat petronas kota warisan
tunggu peloton last
kat teluk kemang



husband n wife

GUNUNG NUANG

M2M ke Gunung Nuang versi bro Matta

sirkit M2M anjuran kembara negara..

dari pos renjer ker peak then trn ke renjer blk aku wat 3jam 42min dengan kaki melecet x engat...huhu padan muka aku.

Wednesday, April 1, 2009

RAMPAGE DI EMPANGAN SEMENYIH

seperti yang diceritakan oleh saudara wafi (kapten) dalam trip rampage beliau di empangan semenyih. sila baca artikel ini seperti membaca berita.

28 feb 2009

grup kks telah menjalankan aktiviti perkhemahan di empangan semenyih... grup yg menyertai perkhemahan tersebut terbahagi kepada 2...satu bertolak lewat petang 28hb, manakala satu lagi bertolak lewat mlm 28hb... grup pertama terdiri dr sdr jimi, lan gurl, bad, yusry, dan ramdan.... manakala grup kedua(kitorg) terdiri dr sdr wafi, qader, ami, arip, dan nizam(member ami).... kami (grup kedua) tiba sekitar jam 12.30-1.00 pagi


1hb mac 2009

.... grup pertama telah memulakan aktiviti memancing di tapak camp... setelah selesai memacak khemah, kami mula menyediakan bhn2 untuk barbeku pada pg itu... selebihnya tido...

sekitar jam 7.30am, ade diantara kami terjaga dr tido... ade yg menyambg aktiviti memancing... sekitar jam 8.30am, sdr wafi tlh merasmikan upacara mandi pg... last2 sume pakat terjun walaupun kedinginan pagi terasa sehingga tulang kering... sdr qader telah memasak hidangan istimewa pada pg tersebut(spageti carbonara)...sekitar jam 1.00 tghari, grup kedua telah selesai berkemas,

dan pada jam 2.00 pm kami bertolak pulang ke serdang....




kesan rampage malam tadi

mana satu barang dan mana satu orang?

operasi menyalakan api untuk sesi rampage

umpan memancing sudah mengena di pagi hari

upacara mengasap kawasan perkhemahan- ritual sebelum memulakan rampage

aktiviti rampage dilakukan berperingkat², bermula di gigi air

aktiviti rampage lebih afdal dijalankan di kawasan parit air terjun ripoff

salah satu aktiviti rampage iaitu menjadi umpan ikan toman

kami hanya mampu melihat dari jauh jika umpan hidup (qadir) mengenai ikan toman


menaguk anak ikan di kawasan parit air terjun ripoff

keadaan persekitaran kawasan rampage


pemandangan kawasan rampage dari atas (parking kereta)

laluan ke kawasan rampage yang penuh ranjau onak berduri

kenderaan yang digunakan bebudak KKS untuk aktiviti rampage

kredit gambar: wafi dan arief

Friday, March 27, 2009

GUNUNG KINABALU

berikut adalah gerakan solo dari abang matta ke Gunung Kinabalu baru-baru ini. memandangkan ini adalah gerakan solo beliau, maka kami tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenainya. beliau menyarankan anda taip kat google.com jika ingin mencapai maklumat mengenai serba sedikit mengenai trip ke Gunung Kinabalu ini.

ini pun dah kira ok kerana abang matta sudi untuk berkongsi gambar beliau (yang dicut n paste tanpa kebenaran) semasa trip solo beliau ke sana. semoga terhibur.

sedang mengambil angin semenanjung sebelum berlepas.

beg mahal buat masa ini.

kapal terbang delay 1 jam. kes ni biasa berlaku jika anda naik Air asia

layan feel dengan melihat panorama punggung Gunung Kinabalu

membersihkan kotoran kuku kaki di kolam air panas.

bersedia untuk memulakan pendakian

tengah meregangkan tulang pinggul sebelum meneruskan perjalanan.

panorama senja

name tag.



here we go.





hampir ke puncak. korang dah sampai ke?


bergambar sebelum menunggu sijil siap dicetak

ready to go home. miss me?