Apa itu fobia? Fobia adalah ketakutan yang tak rasional, yang tidak waras dan persisten terhadap sesuatu benda atau situasi yang memaksa seseorang itu mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya.
Di sini disediakan senarai pelbagai jenis fobia yang diketahui…
Terdapat tiga kategori utama fobia iaitu:
Fobia yang spesifik - fobia terhadap sesuatu objek atau situasi, seperti labah-labah, ketinggian atau pun terbang.
Fobia sosial - fobia terhadap perkara yang memalukan atau dimalukan dalam suasana sosial.
Agoraphobia - gobia untuk berada jauh dari tempat yang difikirkan selamat.
Seseorang itu boleh mendapat fobia dari apa sahaja. Pendedahan mereka terhadap fobia mereka akan menyebabkan pernafasan yang mendadak, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh, panik dan ada yang lebih teruk dari itu seperti menjadi separuh gila..malah sanggup memeluk tiang bagi mengelak seseorang itu menjadikan fobianya lebih teruk lagi..
No comments:
Post a Comment