Tuesday, September 25, 2007

SEMPORNA BAH

trip ke semporna dilakukan pd thn lepas..tp zaidi ada menyuruh utk update trip itu di sini..berkongsi pengalaman besh jugak..
trip dibuat ada dua sebab..kerja dan makan angin...merakam kehidupan etnik terpinggir di situ iaitu digelar bajau laut atau pala'u...dan juga pergi ke sipadan utk snorkeling melihat ikan berwarna warni, amik gambar dan bersantai riang ria..tp sayang seribu kali sayang, hanya gambar di persisiran laut semporna sahaja dapat diuploadkan..gambar bersnorkeling di laut sipadan, telah jahanam kerana kamera jatuh dalam laut...pergi dalam 5 orang..selama lima hari empat malam..
perjalanan dari kl menaiki air asia..tambang pd masa itu pergi balik dalam 3oo lebih sahaja seorg kerana membayar online ketika ada promosi..so, sesiapa nak buat trip ke sana, rajin2 lah tgk promosi di laman web air asia...dari kl ke tawau mengambil masa 2 jam 45 minit..sampai tawau, kami menaiki kereta sewa jenis rav4 untuk ke semporna yg mengambil masa lbh kurang 2 jam....sewa kereta 100 ringgit ..jalan raya yang berliku dan mcm ular kena palu adalah sesuatu yg biasa di sana...di sana takde hiway yah..sampai semporna, menginap di hotel seafest dan harga bilik adalah 120 sebilik..hotel ini tiga bintang rasa nye...kurang check pulak..tp klu nak menginap di chalet atas air, bolehlah mencuba duduk di dragon inn resort yg berharga 88 ringit satu mlm ..tp nak yg murah..ada hotel dimiliki oleh cina2 tua yg merupakan hotel rumah kedai..mmg byk di sana...boleh dpt 15 ringgit satu mlm...

hari pertma, kedua dan ketiga adalah episod merakam kehidupan etnik palau..cara sara hidup mereka..tempat tinggal mereka...dan juga betapa mereka sangat mesra (krn sentiasa tersenyum) namun takut2 pada org luar...nak shoot diorang pandai pulak mintak duit...bagi seringgit atau sekotak rokok atau keropok utk anak2 mereka, sudah membuatkan diorang sudi utk dirakam wajah dan kehidupannya...tahu jugak mereka2 ini nilai duit...
selain itu ambik jugak perairan laut semporna dan pekan yg penuh dengan kanak-kanak palauu yg menjual ikan dan bakul plastik yg mereka gelar sebagai 'bahai'...20 sen satu plastik..pandai carik duit...ada sesetengah tak pakai sliper...kaki kebal beb..kebanyakan diorang ni berambut merah mcm ala2 kena dye..takyah susah2 p kedai mewarna rambut..diorg dah semulajadi mcm tu..


diorg ni kebanyakan hidup atas perahu kecik share ramai2..datuk nenek bapa ibu dan anak2....dan yg sampai skang saya tak dapat jawab persoalannya adalah: bagaimana agaknya mereka menambahkan zuriat sekiranya mereka hidup dalam satu perahu yg kecik dan dihuni oleh ramai orang? tak terjangkau akalmu...hehe tp ada jugak yg hidup di rumah tapi atas air...


aktiviti malam adalah melihat pekan semporna yg mula sunyi dan seperti bandar mati menjelang pukul 10 malam...hanya sesetangah org je yg berkeliaran lagi kat sana...tapi seperti restoran makanan laut...sudah tentu mereka masih menghidangkan makanan utk santapan supper..bagi org palau ini, mereka hanya menggunakan pelita utk menerangi perahu kecik mereka....dan ada juga yg bergelap gulita menandakan sume penghuninya sudah tidur..


bab makan minum di sini, mmg takde masalah kerana majoriti penduduk di semporna ini beragama islam...tp palau tidak mempunyai agama...makanannya pun murah2 belaka...nak tahu tak, makan nasik goreng kat hotel tu, 6.00 sorang tapi mak ai..nasik nya bukan main banyak..boleh makan utk 2 orang...lepastu pelbagai makanan masyarakat tempatan ada dijual di sini..


anataranya rumpai laut yg digelar 'latok' oleh mesyarakat setempat..tp tekakku tak boleh menerima pulak...makanan laut tak usah cerita la...makan seafood kat dragon inn mmg sedap..cubalah...udang segar..ketam segar..ikan segar...sumenya segar2 belaka la...harga pun kira setandet la...
hari keempat, merupakan hari yg paling menyeronokkan..ke pulau sipadan dengan menaiki bot laju selama lebih kurang 1 jam perkjalanan...selain dapat melihat sednri keindahan pulau sipadan, kami juga berpeluang bersnorkeling dan melihat hidupan air yg mmg menakjubkan..selain dari ikan pelbagai spesis dan terumbu karang, dapat juga dilihat penyu di perairan ini..lautnya yang biru dan dalam mmg cantik tapi sejuk beb..klu tanak snorkeling pun, berjalan2 di pantainya sambil amik gambar dan tgk laut yg luas pun sudah cukup menenangkan...


hari kelima, membeli sedikit cenderamata di pekan semporna...salah satu yg sentiasa wajib dibeli oleh org2 yg datang ke sini adalah mutiara dan juga cenderahati berasaaskan kulit siput...


klu kat kl harga mutiara mahal, tp kat sana...harga mutiara asli (kalau pandai bodek dan tawar menawar) boleh dapat RM 20-RM40 utk rantai mutiara asli kecil...selepas selesai membeli ole2, kami pun bertolak balik ke tawau..menepuh perjalanan sejam lebih utk sampai airport dan terbanng balik ke kl dgn kepuasan hati dan seribu pengalaman yg menarik..


life, full of adventures..mmg besttt..cubela..

-text oleh bagaikanpu3-

No comments: