- Kereta pergi balik= RM 80 --> Tol= RM 50 (pergi balik UPM-Tapah)
- Kang's Travellers Lodge, Tanah Rata = RM 15-Rm 25 semalaman
info: Gunung Irau - Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang
Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.
Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.
Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Puncak G. Irau
3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
Puncak G. Brinchang
Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara tinjau didirikan disini membolehkan pengunjung melihat panorama sekitar serta Banjaran Titiwangsa.
Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi pemfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya.
Hutan di Gunung Irau merupakan salah satu yang paling unik. Ia penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Sekiranya anda berhenti berehat seketika, besar kemungkinan boleh terlihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar dari paras bahu hingga ke kepala. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang serdiri di dalam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings.
Trek mendaki Gunung Irau bermula dari tempat parking kereta di puncak Gunung Brinchang. Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang paling tinggi di Malaysia. Trek Gunung Irau agak tersembunyi, ia berada di atas sebuah dinding tanah betul betul di belakang tempat parling kereta Gunung Brinchang. Keadaan trek amat berlumpur disebabkan ia kerap digunakan pendaki. Trek adalah jelas kelihatan dan ditanda dengan ikatan tali serta papan tanda dan batu pembahagi sempadan negeri. Walau bagaimanapun, adalah dinasihati untuk melaporkan diri/kumpulan pendaki anda kepada Balai Polis Brinchang sebelum mula mendaki, supaya sekiranya berlaku apa apa kemalangan, bantuan dapat disegerakan.
Keadaan pendakian trek Gunung Irau boleh dikatakan sederhana kesusahannya. Tidak terdapat banyak pendakian dan penurunan yang curam. Ini disebabkan tempat permulaan pendakian (Gunung Brinchang) terletak di paras yang tinggi iaitu kira kira 1600 meter. Trek Gunung Irau agak licin dan lazimnya anda akan melintas diatas akar akar pokok atau merangkak dibawahnya. Kira kira 2/3 jarak perjalanan, anda akan sampai ke satu tempat yang rata. Tempat ini dinamakan Anak Irau dan merupakan camp site sekiranya ahli kumpulan anda besar (melebihi 20 orang). Dari Anak Irau, anda boleh melihat menara komunikasi di Gunung Brinchang dan juga puncak Gunung Irau. Perjalanan dari sini ke puncak Gunung Irau adalah kira kira 2 jam.
No comments:
Post a Comment