team KKS yang hadir:
Zaidi
Abdul Qadir
Ahmad Hafiz
Wafi
tetamu KKS:
why
mizi
6 Disember 2007
Perjalanan bermula dengan menaiki LRT Star dari Sungai Besi ke PWTC (RM 1.70-sehala) menghala ke hentian putra. Mula bergerak dari Hentian Putra pada jam 11.00 malam dengan bas Transnasional (RM 31 - Sehala)..tiada aktiviti dilakukan disini melainkan hanya tidur semata-mata..
7 Disember 2007..hujan baru berenti..
Sampai ke Hentian Kota Bharu pada jam 6.45 pagi..tetapi atas negotiate wafi dengan pemandu bas Transnasional, maka kami sepakat untuk turun ke Hentian Langgar..setelah sampai, kami berehat sambil mengeteh di gerai berdekatan..penduduk setempat terkejut dan teruja dengan kehadiran Zaidi kerana kepala beliau nak kena lampu gantung di situ..gila kelakar..sarapan berupa kuih muih, pulut menjadi habuan pada pagi itu. Jam 7.15 pagi, arab bersama pak tam beliau sampai untuk membawa kami ke homestay..sampai homestay ..kami berehat dan sambung tidur..aku ngan qadir merayau sekitar kampung tersebut dan lepak di gerai yang menjual sarapan.."tadi kawe tubik gi lepak kedai kopi di kapung ni. Lamo tak pekena nasi dagang. Rasa nak makan plok. Kawe odar nasi dagang se dan air nescafe. Masa bayar kejut gok kawe, harga RM1.70 jah. Ya, 1.70 sen saja. Untung nye kawe duk kapung ni. Kalu kat luar, kawe rasa paling kurang pun RM2.50 tu kot. Kira harga di kelate ni kawe rasa murah sungguh la kalu nak banding ngan tempat lain."..kata aku yang tetiba boleh kecek kelantan.
jam 10.00 pagi, pak tam dan Icu (adik ipar pak tam yang hot) membawa 2 buah kereta kancil sewa(RM60 sehari/sebuah)..untuk memudahkan kami menawan kawasan sekitar Kota Bharu..dalam pukul 1.30 petang..kami bersiap untuk sembahyang Jumaat..semasa kami masuk ke perkarangan masjid...aku ngan qadir teruja dengan penemuan beskal lipat yang dipakai oleh pak haji di situ..pencarian kedai beskal akan bermula selepas semayang jumaat.
jam 2.30 petang ...
cuaca: hujan renyai-renyai..kemudian lebat..kemudian panas..pastu hujan balik..ahhhh
penawanan kami bermula dengan merayau di Pasar Siti Khadijah dahulu ..kali ini dapat melihat sendiri kesibukan penduduk setempat membeli barangan harian serta tawar -menawar dapat juga di lihat di kawasan penjualan kain dan peralatan dapur. Selesai membeli belah, kami kemudiannya makan di tingkat 2 Pasar Siti Khadijah..wafi dan qadir menjamah seekor udang besar yang berharga RM 20 /seekor..turut serta makcik-makcik yang tidak putus-putus memberi sedikit sebanyak tentang tempat yang harus kami pergi untuk memenuhi percutian singkat ini... Pasar Siti Khadijah akan menamatkan operasi ikut office hour..kemudian kami jalan-jalan di sekitar kawasan tourism kelantan..selepas hujan berenti .. kami keluar, terlihat gerai-gerai serupa downtown yang baru nak mulakan operasi...maka kami akan teruskan misi melepak di gerai downtown KB pada malam nanti..dan hari masih lagi hujan..uhhh..
jam 8.00 malam
cuaca:sekejap hujan..sekejap berenti
kami lepak di homestay kami...tak banyak aktiviti di lakukan..sambung tidur, menghisap rokok, ada yang mandi..uhh..arab dan family datang ke homestay kami.buat perbincangan tentang trip ke Machang dan ada sedikit makan-makan.Penjelajahan Downtown KB akan bermula pada pukul 10.30 malam..
jam 10.45 malam (janji melayu)
cuaca: cerah kemudian hujan renyai-renyai
sampai di Down town KB..banyak gerai baru nak tutup..tidak banyak barang yang nak dibeli..kemudian kami sepakat mencari kedai makan..gila lapar sebab hujan yang berlarutan. Ada banyak kedai makan yang terdapat di persisiran Kota Bharu ini..kami menyantap makanan thai food..yang special=belut masak paprik..terdapat juga western food..chicken chop RM 5 dan lamb chop RM 7..gila murah..jam 1.30 pagi..balik homestay
jam 1.30 pagi ..masing-masing tidak reti-reti nak tido lagi..kami menginai jari arab sementara yang lain masing-masing ada yang tido dan ada juga menghisap rokok, baca majalah..siapa yang tido awal tu..menjadi mangsa kena conteng pakai inai..cilake sungguh perangai anda..
8 Disember 2007..
selamat pagi..cuaca juga cerah..family arab dah kejut suruh bangun pagi ntuk bersarapan..uhh..cam biasa..nasi dagang ahh..aku ngan qadir dah lari dulu..serik makan nasi dagang...kali ni nak layan teh tarik dan makan kuih di gerai kampung..
pukul 11.30 pagi
perjalanan ke Machang bermula..Kak Icu menjadi leader untuk membawa kami ke sana..dan beliau bawa kereta sungguh laju..perjalanan dari Kota Bharu ke Machang ambil masa dalam 45 minit sahaja..dalam perjalanan tersebut..sawah padi terdapat di kiri dan kanan jalan..juga rumah yang sudah ditelenggami air..kemudian kami sampai di sebuah jambatan yang sudah di naiki air..disebabkan kami menaiki kereta sewa..maka kami redah juga..walaupun paras air ketika itu sama level dengan lantai kereta..dan kami selamat sampai dalam pukul 12.50 pagi..
pukul 1.30 petang..
arab berdebar..selepas selesai solat zohor, upacara menikah berlangsung..dengan dua kali lafaz maka terijab kabul arab dengan pasangan nya..dengan 9 dulang berbalas 11 dulang..kami bergambar di pelamin, curi-curi mengambil gambar makwe kelantan dan menjamu selera di meja pengantin..aktiviti ini tamat dalam pukul 4 petang
pukul 5.00 petang..kami balik dan singgah untuk menukar baju..kemudian kami menghala ke kedai beskal lipat di Zklasikal Enterprise, Kota Bharu milik Encik Zulkifli (012-9895669).. pelbagai jenis beskal bundle yang diimport terus dari jepun..harga boleh runding..kemudian kami menghala ke Pasar Siti Khadijah..malangnya tempat tu dah tutup..jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam..barang perlu di packing..kami balik dan singgah di Kedai Kak Nah Daging Sambal, Kota Bharu (09-7483416)..merupakan kedai menjual serunding yang ngetop dan fresh made di situ..
pukul 9.30 malam
3 comments:
Artikel yang menarik dan penuh ilmiah... untuk maklumat lanjut tentang Kedai Basikal Jepun Zklasikal, sila layari http://zklasikal.blogspot.com
tq cikgu zam!
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Kedai Basikal Jepun ZKlasikal tempoh hari.
Banyak lagi koleksi basikal jepun zklasikal kini di FACEBOOK http://www.facebook.com/zklasikal
...
Terima kasih sekali lagi...
-En Zulkepeli (founder ZKlasikal)
Post a Comment