Saturday, December 22, 2007

KAYAKING

Sebelum ini kami hanya menyinggah TAMAN REKREASI AIR, Putrajaya bagi menikmati panorama indah di sekitar WETLAND. Maka pada hari ini, team KKS mencuba aktiviti sukan air iaitu kayak..hanya RM 4 / orang selama 1/2 jam, malah terdapat juga boat fishing, rowing boats, canoeing dan paddle boats. Anda akan diminta mengisi borang termasuk menamakan waris sekiranya terdapat kemalangan ketika menjalankan sukan air..setelah membayar tiket masuk, anda akan dibekalkan dengan jaket keselamatan dan akan diberi taklimat oleh safe guard mengenai keselamatan serta mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anda semasa menjalankan aktiviti sukan air ini. Semasa menjalankan aktiviti ini, safe guard akan meronda-ronda di sekitar kawasan bagi memastikan keselamatan anda dan mereka akan sentiasa menolong anda bila-bila masa. Kami memulakan aktiviti ini seawal 6.00 petang dan tamat pada jam 7.30 malam..pastikan anda membawa pakaian basahan kerana tidak sah jika anda tidak dibasahi oleh air sekiranya anda menjalankan aktiviti ini. Pastikan juga anda menyediakan plastik bagi mengalas tempat duduk kereta/motosikal bagi mengelakkan kerusi kereta/ motosikal anda dibasahi oleh baju kawan-kawan anda yang tengah basah..Anda perlu mandi selepas aktiviti bagi memastikan anda segar untuk melakukan aktiviti kegemaran anda seterusnya.


No comments: