Thursday, March 20, 2008

PULAU PANGKOR BERSAMA JASMIN

sebagaimana yang telah dikacip bulat² dari sini:

Pangkor.. trip bersama keluarga yang pertama sejak... er.. aku darjah... 4 ke 5 entah. hehe kesibukan ibu dan bapa mencari rezeki menghalang kami untuk bergembira bersama. kali ni, yang pergi ialah bonda, usop, ayep dan awek ayep - azrin.

perjalanan bermula jumaat, jam 4 ptg. kami tak berapa familiar dengan jalan perak. ada yang kata masuk ikot ipoh. so kami masuk la ikut ipoh.. IPOH PUNYA SIGNBOARD MACAM CILAKA. aku sesat hampir sejam. simpang besar pon takde signboard. tak semua pengunjung adalah orang ipoh, ok?

sampai rumah kawan mak aku jam 9 malam. kami tido sana. pagi sabtu bergerak ke lumut. rembat feri, rm10 untuk pergi dan balik. murah! then kami menuju ke nipah bay resort.. amik bilik famlili. ada satu katil queen dan satu bilik kecik yang memuatkan katil double decker. kos adalah rm180. kot. aku dah lupa sebab bonda yang bayar. the he he he.

bonda aku.


adik aku, ayep. macam hero hindustan.


petang tiba, dan acara menjadi anjing laut pon bermula. owhh aku sangat laa suka mandi laut... bagus untuk kulit aku yang bermasalah ni. kepada mereka yang ada psoriasis yang mild, air laut boleh membantu. serious.

kayak, rm10 sejam. aku dan adik aku bekayak ke pulau lain. mandi mandi, selam selam. huhuhu aku macam terdengar dengar lagu lagu nyanyian republic of brickfields.. pastu naik jet ski. rm60 untuk 20 minit. 20 minit je oke? kalau 30 minit rm90. maybe its the fuel. ntah la. mereka mencarik rezeki. aku mencarik keseronokan. menunggang motor membelah laut. ho ho ho. sangat mengujakan. pastu lepak lepak jab, kutuk kutuk awek adik aku. hahaha. adik aku yang bernama ayep kelaparan. layan dia makan pastu mandi laut semula. sampai lah jam 6.30.

makan malam kat resort tu jugak. ikan bakarr.. ikan siakap, sayur campur, udang goreng tepung, telur dadar, fruit salad dan chicken chop(usop tak reti nak makan ikan bakar ni). semua nya hanya rm80. makan untuk 5 orang, oke? malam tiba, kami pon tidorr...

esok nya, snorkling time. pegi pagi sebab kalau tengah hari, orang dah ramai dan air laut bergelora. tatak nampak ikan lor. snorkling rm15 seorang. lengkap life jacket dan goggle. sampai je ke destinasi snorkling, aku teruss terjun dalam laut. wahahahaha aku rasa aku adalah ikan duyung. terjumpa duit rm10 celah celah batu karang. hehehe selam dan ambik. ikan banyakk.. compared to the last time i went there. jejari ku yang tembam ini geli geleman di gigit gigit ikan. hahahha.


jet ski oh yehhhh~~~~


view pantai jam 7.30 pagi



tengah hari menjelma, dan kami pon bergerak ke mainland, menghantar usop ke IP, dan kembali lah kami ke serdang.. dan berakhirlah trip kali ini. howyeh~~

ingat nak buat piknik la, sebab perhentian yang konon konon aku nak buat tu, agak sukar dilaksanakan. nyehehehe.

korang tanak cuti cuti pulau ke?


No comments: