pemandangan dari penginapan (rock garden) = RM 20 /orang
sunset di pulau coral (bersebelahan pulau hentian kecil) - kena jungle trek 15 minit
nak pegi ke pulau nelayan pakai bot penambang = RM 8 sehala
Ketika Perang Dunia Kedua, Jepun menjadikannya kubu dan pelabuhan di sini untuk melancarkan serangan ke negara lain di Asia Tenggara.
Travel Channel menggelarnya sebutir mutiara di laut lepas memandangkan kedudukannya yang agak jauh dari tanah besar.
Perhentian menjadi sebahagian dari gugusan kepulauan zamrud di perairan Terengganu-selain Redang dan Lang Tengah.
Lokasi agak tersorok (21 kilometer dari Kuala Besut) menjadikannya syurga penyelam dan pencinta alam. Perairan sekitar pulau ini menjadi rumah kepada lebih 300 spesis terumbu karang dan haiwan akuatik.
Keistimewaan sebenar Pulau Perhentian terletak pada persisiran pantainya yang panjang, menarik “beach goer” yang gemar bersantai.
Komuniti pulau ini terdiri dari nelayan dan pengusaha pusat peranginan dan chalet.
Dengan 12 tapak selam di kedalaman kira-kira 20 meter dan perairan yang tenang, `drop dives' di Tokong Laut, `drift dives' di Susu Dara dan cavern dives' di Terumbu Tiga, Pulau Perhentian adalah antara syurga penyelam skuba di rantau ini.
Tapak selam di sini kaya dengan biodiversiti terumbu karang keras dan lembut termasuk 'gorgonion', akar bahar, batu karang hitam, `staghorn', 'hyroid' dan terumbu karang hap.
Barakuda, ikan hantu, penyu belimbing dan jerung putih adalah pemandangan biasa di sini. Tambahan pula, jarak penglihatan di sini sekitar 15 hingga 20 meter menjadikan pulau ini sebagai destinasi wajib untuk penyelam.
Kos untuk aktiviti menyelam antara terendah di rantau ini. Bagaimanapun, aspek keselamatan diutamakan oleh kaki tangan terlatih dan berpengalaman dalam sukan ini.
Untuk mereka yang ragu-ragu, boleh mencuba selam pengenalan (discovery scuba). Semua pusat skuba memiliki pengiktirafan Persatuan Penyelam Profesional Antarabangsa (PADI ).
Aktiviti snorkeling turut menjadi tumpuan di perairan pulau ini untuk melihat jerung di Shark Point. Selain itu, Teluk Mat Senin dan Teluk Mat Delah amat popular di kalangan pelancong yang ingin memberi makan ikan sebelum terjun ke laut.
Jangan gentar jika melihat ikan kerapu sebesar 20 kilogram yang turut sama mencari rezeki di sini kerana ia bukan ikan pemangsa. Di beberapa tempat, anda akan dapat melihat ikan pari besar.
Kepelbagaian spesies terumbu karang dan haiwan akuatik yang dianggarkan berjumlah lebih 300 spesies yang menjadi tumpuan pencinta dasar laut seluruh dunia.
Kebanyakan pemilik chalet menawarkan snorkeling percuma untuk hari pertama dalam pakej mereka. Selain itu, pengunjung boleh menyewa bot untuk ke snorkeling di pulau kecil sekitar perairan Perhentian.
PENGINAPAN
Bubu Long Beach Resort
Pasir Panjang (Long Beach),
Pulau Perhentian Kecil
Tel : 09-6903080
www.buburesort.com.my
Pulau Perhentian Besar
Tel :03-9133-2000
New Cocohut Chalets
Pulau Perhentian Besar
Perhentian Island, Terengganu
Tel : 03-9133-2000
Coral View Island Resort
Untuk ke sini dari Kuala Lumpur
* Dari Hentian Putra. Ambil bas ke Kuala Besut, Kota Bahru atau Jerteh.
Mahligai Ekspres yang bertolak 9.30 pagi terus ke Besut (tiba 9.30 pagi).
Atau jika bas berhenti di Kota Bharu, teksi ke Besut disediakan dengan tambang RM45 selama kira-kira 45 minit. Dari Jerteh, tambang teksi RM10.
* Malaysia Airlines (MAS) membuat penerbangan lima kali sehari ke Kota Bahru dan tiga kali sehari ke Kuala Terengganu. Pengunjung boleh menaiki teksi kurang satu jam dari kedua-dua lapangan terbang. Layari www.malaysiaairlines.com.my
* Kuala Besut adalah jeti utama ke pulau ini. Perjalanan dengan bot laju dan bot lama masing-masing memakan masa 30 dan 90 minit. Tambang sehala bot laju (RM30) dan (RM20). Amaran, hanya satu pengusaha
beroperasi, jadi anda tidak mempunyai pilihan lain.
Bot terakhir ke pulau pada 4 petang. Layari www.paradise.com.my
Rujukan percutian
Tourism Malaysia
http://www.tourism.gov.my/
Tel: 03-2615 8188
Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207
Tourism Infoline: 1-300-88-5050
No comments:
Post a Comment