Thursday, December 9, 2010

LALUAN KE GUNUNG DATUK UNTUK GENG NAHAR


Untuk pergi ke sini ikut highway Utara-Selatan dan menuju ke Rembau, Negeri Sembilan. Ambil Exit 223 (Pedas/Linggi). Selepas tol masuk ke kiri di simpang-T.

Teruskan perjalanan anda sehingga anda berjumpa dengan satu bulatan(round-about). Ambil laluan kanan anda (pukul 3). Teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan traffic lights dipenghujung jalan.

Ambil laluan kanan dan teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan signboad ke kiri menunjukkan Gunung Datuk. Ambil laluan kiri dan teruskan perjalanan lebih kurang 4 KM. Akan ada satu simpang ke kiri dengan sinage Gunung Datok. Anda akan melalui kawasan pokok getah. Anda akan jumpa satu lagi simpang dan sila amik laluan kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda berjumpa base camp Gunung Datok.

Apapun untuk mendaki gunung ini terdapat sedikit bayaran yang akan dikenakan iaitu bermula 1 Ogos 2003, Pejabat Daerah Rembau telah memberikan kebenaran kepada penduduk kampung untuk membuat kutipan yuran mendaki bagi maintain chalets dan kebersihan kawasan gunung ini. Selain tu mereka juga ada menyediakan chalets, sewa kanopi , kerusi, permit mendaki , insurance dan PA sistem.

Setakat ini bayaran untuk permit mendaki iaitu RM3.00 seorang dan Camping permit RM6.00 satu khemah (mungkin akan naik harga lagi)

hubungi:
Abd. Rahman bin Hj Idris
Taman Rekreasi Gunung Datuk
Kampung Batang Nyamor
71350 Kota,
Rembau, Negeri Sembilan
Telephone: 06-4382390
Mobile: 013-6182264

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU OAT & MIN


Ahli team KKS, Aini Jasmin menamatkan zaman virgin beliau bersama pasangannya,
Oat Halim pada 24 September 2010 di Serdang, Selangor.

Dalam kesempatan ini, Team KKS
ingin
mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.
semoga selamat 'menjana' orang baru & berkekalan hingga akhir hayat.

Selamat menyambut Awal Muharam 1432H
kepada
pengunjung setia blog KKS


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"


TRIP KE GUNUNG NUANG BERSAMA ABG Q

Our Hiking Trip will be on this Saturday 11th until 12th the day after. Bait for KKS members: arip,his wife jamal,syed and his wife indah is going as well,the machoest of all alin,and me are confirmed,hafdzuan is ok I guess..Trip begin at 10.30pm k (janji qadir)
Others? habaq mai awai sbb equipments n food kena bajet. It's a tough trip, make sure you can run at least 3km. Thanks.

Tuesday, November 30, 2010

Misi Bukit Tabur

Lokasi: Bukit Tabur
Naik: Sejam Setengah (Aku ngan jamal amik masa 2 jam + sesi bergambar)
Turun:  Sejam Setengah (main ngelat)
Pemandangan Klang Gate dalam perjalanan ke puncak

View:  3.5 bintang
Difficulty: 3.5 bintang
Danger: 4 bintang



Mulanya perjalanan ni disebabkan Jamal teringin nak panjat2 bukit. Nak naik Broga, tak adventure. Jamal pun search la apa2 bukit yg belum kami test power.


 Di permulaan pendakian sampai puncak yang pertama dan kedua, semuanya senang. Cuma aku yang bawak pouch bag besar ni rasa termenggah masa start naik. Tapi lepas badan dah panas ok je la.


Sepanjang perjalanan naik, ada view-view empangan klang gate ngan bandar kl yang menarik. Kalau nak lagi best, start naik pukul 6.30, supaya boleh tgk sunrise yang cantik. Hampir tiada sampah sarap sepanjang perjalanan.

Antara steep climb yang ada
Start nak naik puncak ke tiga dan seterusnya, jurangnya merbahaya. Kalau kaki pendek lagi susah. Jangan over confident. Ada tali yang disediakan untuk turun dan naik di tempat yang merbahaya, Ada jugak tempat yang kene ikut ledge kecil yang di sebelahnya gaung. Jadi kalau hujan, jangan la redah.
Jalan di puncak
Setelah tiba di puncak tertinggi, kalau tak silap puncak ke lima, tidak banyak view point sebab banyak pokok renek di sekeliling. Dekat atas sekali cuma byk lumut dan pokok renek yang seperti rumah hobbit. Kalau nak tangkap gambar view, tangkap la sepanjang perjalanan.

Setelah selesai berehat di puncak, kami ambil keputusan untuk ikut jalan senang untuk keluar. Hari pun dah panas dan badan dah penat. Agak berbahaya kalau ikut jalan yang sama.

Mengikut kata pakcik aku yang duduk area Bukit Mas, setiap tahun mesti ada operasi menyelamat sebab ada orang sesat atau jatuh. Ada beberapa kes kematian, jadi berhati2lah ketika mendaki. Masa aku ngan jamal naik takder nyamuk, tapi masa turun tu ada seekor pacat menghinggap.

Monday, September 20, 2010

Seperti yang dijanjikan dengan Zaidi

Buat korang yang tersesat / jenjalan sampai ke Kubang Kerian, Kelantan, korang boleh la try menginap di sini. Homestay ni 5 minit daripada bandar Kota Bahru. Harga dan condition homestay ni aku tak pasti. Sila call nombor tertera untuk mendapatkan harga terkini.




Homestay berada di kawasan perumahan, jadi sila jangan buat yang bukan-bukan. Bagi yang kaki masjid, masjid terletak tidak sampai 50 meter daripada homestay ni.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

Assalammualaikum w.b.t

Sempena menyambut Idil Fitri ini, team KKS menyusun sepuluh jari untuk memohon
ampun dan maaf di atas keterlanjuran tingkah laku dan terkasar bahasa
sepanjang kami bergaul dan berurusan kerja dengan tuan-tuan dan puan-puan
sekalian (cik juga).

Semoga Ramadhan yang akan berlalu beberapa hari lagi ini mampu merubah
hidup kita ke arah yang lebih baik dan semoga amalan kita diterima oleh
Allah S.W.T.

Didoakan semoga perjalanan kita selamat sampai pergi dan balik ke kampung
halaman masing-masing.

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung setia blog KKS"

Tuesday, August 31, 2010

BUKA PUASA KKS 2010

orait, lama dah tiada ceritera mengenai trip KKS. sempena bulan ramadhan 2010 ni team KKS mengadakan program berbuka puasa.buat masa ini, tiada plan nak berbuka di kedai makan, jadi venue berbuka kali ini di rumah arip go di putrajaya. program buka puasa dibuat secara potluck. ada antara kami yang hadir seawal jam 6 petang bagi membuat persiapan untuk berbuka.

team KKS yang hadir:zaidi, aimi, zaim, hafzuan, farah wan, hadzim, nizam, farah rahayu, ped, arip go, siti rapisah, mukhri, qadir, arip supar

Jam 7.30 petang, acara berbuka berlangsung. Syukur majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Makanan pun banyak sungguh varietynya... sampai tak tau nak makan mana dulu..hehehe..mungkin ni nikmat & berkat berbuka posa bersama-sama warga KKS semua, kenyang makan & minum juadah yang dibawa bersama. Terima kasih memeriahkan suasana, seramai tidak sampai 20 orang yang hadir tak termasuk KKS junior. Sempat juga kita solat berjemaah di ruang yang kukup, paling lama makan berjemaah.

Alhamdulillah melimpah ruah rezeki kita ye' pelbagai jenis juadah yang disediakan atau dibeli di bazar ramadhan.Yang ringan tulang bantu di tempat membasuh. Senang majlis berjalan lancar walau pada mulanya agak bersesak di meja makan. Tuan rumah sediakan bekas kosong tup tup makanan bukan takat tak cukup bekas tapi tak cukup meja. perghhh. Acara selepas berbuka, kami melayan barbican sambil menonton perlawanan bola sepak, manakala yang gadis-gadis pula bergosip sambil melayan karenah KKS junior. Jam 10.00 malam, kami beransur pulang sambil menapau juadah berbuka yang berlebihan untuk sahur nanti.

Kepada team KKS, sentiasa kekal sihat dan ceria sepanjang bulan ramadhan ini. Semoga berjumpa lagi untuk majlis hari raya KKS yang akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang bulan Syawal 2010 ini.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H

salam Ramadhan kepada semua.
selamat mengerjakan ibadah puasa.

mohon maaf segala salah dan silap.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan diberkati Allah S.W.T.

dari kami: Team Kelab Kembara Serdang

Saturday, June 19, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU WAFI & AYAI

Ahli team KKS,Wafi menamatkan zaman virgin beliau bersama pasangannya,
Irawani (ayai) pada 11 Jun 2010 di Kuantan, Pahang.
Dalam kesempatan ini, Team KKS
ingin
mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.
semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Kenduri sebelah lelaki akan berlangsung pada 27 Jun 2010 (Ahad).


mereka dikala zaman awal pertemuan (di Cameron Highland) dan masih virgin ketika itu


Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Sunday, May 9, 2010

DITAWAN BROGA

Aktiviti kali ini merupan BBQ di Broga Hills. Terletak di kawasan Semenyih, perjalanan dari Serdang mengambil masa hampir 2 jam, termasuk lepak kedai mamak kat kajang yang lambat mengambil order.

Pendakian kami bermula dalam jam 4a.m dan telah berjaya ditawan broga hampir 5a.m. Setelah tiba ke puncak ke 2 broga, usaha penyalaan bbq bermula dan angin kencang di atas bukit tambahan pula ketiadaan fire starter menyukarkan keadaan. Sempat lagi menikmati pemandangan langit dipenuhi bintang2 dan tahinya. (penggunaan app star walk sememangnya best)

Pemasakan ayam oleh Alin begitu marvelous setelah subuh. Aroma ayam panggang memenuhi ruang udara Broga Hill menyebabkan pastinya menyebabkan perut mereka merembeskan asid setelah penat mendaki. Maaf kepada sesiapa yang ingin menghirup udara segar tetapi hanya dapat menghidu bau ayam panggang yang lazat.Keadaan alam sekitar yang bersih dan cantik sememangya menenangkan jiwa tanpa iringan lagu2 lady gaga.
Ramai yang menjadikan aktiviti memanjat Broga hill ini di pagi hari menyebabkan suasana di sini bagaikan Hari Keluarga.
Lebih masyuk lagi jika daun terup dibawa.Perjalanan turun memang singkat... dan bayaran parking sebanyak RM2 dikenakan.

Mandi manda di tekala merupakan aktiviti yang lazim dilakukan setelah selesai sesi pendakian.

Maaf kepada kawan2 yang tidak diajak kerana aktiviti ini merupakan aktiviti last minit

Monday, April 5, 2010

JOM CANDAT SEMPENA MUSIM SOTONG MENGAWAN


MENCANDAT SOTONG

Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa.

Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira.

MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain.

Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing. Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”.

Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.

Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.


JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist:
  • candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya.
  • Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru.
  • Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline.
  • Tidak perlu mengunakan perambut.
  • Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan.
  • Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum.
  • Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan :
  • berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat.
  • Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu.
  • Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang.
  • Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung.
  • Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang:
  • Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti).
  • Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.
  • Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.



Yang ni kita boleh guna untuk umpan hanyut, tapi kalau nak candat sotong ada lagi yang seperti kat bawah ni:

Yang ni kita gunakan umpan ikan, cocok jer ikan dari ekor hingga ke kepala, lepas tu lempar ke laut. Dalam masa 2-3 minit sentap jer tali kuat-kuat, kalau dah rasa berat tarik jer...jangan bagi taling kendur nanti terlepas rezeki tu.



sumber dari abg matskai

Sunday, April 4, 2010

FIESTA CANDAT SOTONG 2010


*Untuk makluman: Program ini tiada kaitan dengan team KKS. Sekadar untuk paparan. Jika berminat, hubungi AHMAD AHAD IDRIS - 012 358 9656. Sekian.

Venue : Pulau Kapas, TRG
Pax : Up to 40pax
Price : RM360
Price includes for 4D3N :
~chalet
~f&b
~insurance
~candat boat
~speed boat transport from Jeti Marang
~bbq session
~chartered bus
~candat shirt v2010
~Pasar Payang revisit ( depend on time )

Deposit required before 07 April 2010 of RM150 for booking. Deposit not returnable on last minute cancellation.

Memandangkan akaun mythinkbox belum siap maka sila bank-in deposit ke akaun berikut :

Maybank
1145 8914 5045
AHMAD AHAD IDRIS

Sila sms 012 358 9656 :
a) Jumlah bank-in
b) Nama peserta
c) Saiz baju

Monday, March 1, 2010

Mendaki Gunung Datuk, Rembau

sebenarnya dah lama kami bercadang untuk mendaki Gunung Datuk, Rembau ini kerana kedudukannya yang dekat dengan rumah orang tua Hafdzuan. maka tanpa perancangan yang teliti, kami mengambil keputusan untuk mendaki gunung tersebut pada cuti hari raya cina yg lepas, dan dengan gamblenye hanya menggunakan crocs sahaja! (sbb tak bawak sports shoes balik kampung).

secara ringkasnya, Gunung Datuk, Rembau mempunyai ketinggian 2400 kaki (884 meter) di atas paras laut.
ni kali ke-dua aku naik gunung lepas gunung Kinabalu (thn 2005). masa tu muda remaja lagi, masih ok lg. kali ni dah tak brape nak remaja dgn keadaan baru 7 bulan lepas bersalin (alasan).

tiba di Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau pada jam 8.40pagi.

pendaftaran utk naik gunung. bayaran sebanyak rm3/seorang dikenakan.



sejarah ringkas mengenai Gunung Datuk, Rembau.



entrance ke Gunung Datuk





pendakian bermula pada jam 9am. hampir merangkak! trek adalah boleh tahan mencabar.


ketua pendakian



anak-buah-hampir-pancit amik nafas sket


halfway trek adalah agak mencabar. halfway lg ok laa, landai sikit, tak berapa penat.

perjalanan sampai ke puncak Gunung Datuk mengambil masa selama 2jam. (pakcik jaga gunung ni cakap 2jam 45 min .. rupanya tu time utk dia kot .. dah namanya pon "pakcik" ..).


pemandangan dari atas Gunung Datuk. pemandangan seluruh negeri sembilan & melaka (kot???) . sungguh berbaloi-baloi. hilang smua penat.




view di puncak & dari puncak


foto wajib di puncak menggunakan tripod batu




walaupon cuaca agak panas (waktu tiba - 11am), tp angin sejuk kuat gile sampai rasa goyang plak, tak berani sangat nak berdiri lama-lama (padahal gayat)




menikmati keindahan puncak sambil makan sandwich yg dibawa bekal


selepas melepak selama 1/2 jam di puncak, kami memulakan perjalanan turun.


perjalanan turun dari puncak


ada gua(?) bersebelahan dgn tapak perkhemahan (bawah sikit dari puncak gunung)


dah turun baru mood bergambar datang, tapi muke adalah penat


batu besar





perjalanan turun yg agak curam & mendera tapak kaki yg hanya menggunakan crocs





termites




makhluk gunung


perjalanan turun mengambil masa selama 1 1/2 jam. terus rendam kaki kat dlm air terjun kat bawah puncak. sejuk giler & best giler.


melepaskan lelah


pendakian agak memenatkan (mestilah) sebab sampai hari ni masih lagi sakit-sakit badan. ketiadaan proper kasut menyebabkan badan terhentak 2 3 kali sebab permukaan trek yg licin & curam ketika turun. so lepas ni jgn tunjuk hero naik gunung tak pakai kasut ok .. hehe.