Sunday, November 29, 2009

EPISOD 1: JOM KE DOHA,QATAR

Bagi sesi kembara solo KKS kali ni, saya Arif Gomen mendapat peluang untuk menjelajah ke Doha, Qatar dan Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bagi menghadiri World Innovation Summit for Education (WISE). Memandangkan MAS tidak mempunyai direct flight ke Doha, justeru, saya mengambil Qatar Airlines dari KLIA ke Doha.

Hari pertama: 19 November 2009 (Doha, Qatar)

Saya dan rombongan tiba di Doha International jam 5.30 pagi waktu tempatan, matahari baru sahaja terbit. Beza masa antara Malaysia dan Qatar ialah 5 jam lewat. Maknanya di KL telahpun jam 10.30 pagi. Turun sahaja dari tangga kapalterbang, kami disambut oleh TYT Dato’ Shahrul Ikram Yaacob, Duta Malaysia di Qatar (beliau juga adalah adik kepada YAB Menteri Besar Pahang). Kami terus dibawa ke hotel penginapan iaitu di Ritz-Carlton di Pusat Bandar Doha. Bilik aku ni tak mahal, hanya QR 650 sahaja semalam (Lebih kurang RM650 sahaja). Tapi nasib baik tak pakai duit sendiri sebab segala-galanya ditanggung oleh penganjur persidangan termasuk room service, laundry, Internet dan sebagainya. Al maklumlah, Penganjur adalah Qatar Foundation yang memang dah sah kaya sebab penaungnya ialah wife ke-3 H.E Emir of Qatar.


Hotel Ritz ni kategori tahap dewa, so kalau datang sendiri pun aku tak tau nak suggest hotel mana sebab Qatar ni Negara yang mahal, ianya adalah Negara yang KDNK paling tinggi dalam dunia. dimana semua rakyatnya kalau yang mana miskin akan diberi rumah percuma, sekolah percuma, siap elaun lagi. Percaya atau tak, gaji pegawai polis trafik rakyat tempatan di Qatar ialah RM20,000 sebulan!.

Lepas breakfast, kami terus pergi keluar jalan-jalan sebab persidangan hanya akan bermula esok harinya. So, tour guide tempatan kami mencadangkan kami pergi ke Villagio shopping complex, ianya berkonsepkan ala Venice di Itali dan Ceasar Palace di Las Vegas. Banyak la kedai-kedai branded yang mahal nak mampus yang aku hanya boleh melihat sahaja sambil mengesat air liur. Cuma yang pelik, Qatar ni hanya memiliki 400,000 penduduk tempatan dan lebih 1juta adalah orang luar terdiri dari orang minyak, orang yang bau macam minyak (buruh binaan), expatriate dan diplomat. Dan kebanyakkan pak dan minah Arab ni keluar shopping pakai jubah, jadi baju-baju yang branded ni aku pun tak tau la siapa yang nak beli.

Antara tempat ‘mampu shopping’ bagi aku di Doha ni ialah Souq Waqif, dimana kedai di sini dikuasai oleh penjual daripada India, Mesir, Somalia, Unganda dan ada jugak daripada Indonesia. Souq Waqif ni terkenal untuk barang-barang seperti kain sutera, minyak atar, minyak Dhab, makanan, kurma dan lain-lain. Harga berpatutan, depending macamana negotiation& bargaining skill yang korang ada untuk mengurangkan sedikit keuntungan maksima penjual-penjual di Souq Waqif ni.

pemandangan sekitar Souq Waqif



Wal padang pasir, tompok-tompok taik unta..payah nak jumpa unta kat sini..

Malam tu kami dinner di Rumah TYT Duta, makan makanan Malaysia la, tapi kambing panggang mesti ada..jumpa lebih kurang 10 rakyat Malaysia yang bekerja di sana turut datang. Semua ni pun gaji boleh tahan banyak jugak la, sebab mereka professional yang menjalankan projek-projek pembangunan di Qatar, dan ada juga yang jadi orang minyak. Dalam perbualan kami, banyak lagi peluang perniagaan dan kerjaya di Qatar ni sebab orang tempatan dia tak nak buat kerja-kerja ni sebab mereka dah dapat\elaun, rumah dan semua kemudahan dah disediakan.

bersama Duta Malaysia ke Qatar, TYT Dato Shahrul Ikram Yaacob

Antara peluang yang mereka bagitau ialah fotografi services untuk wedding, ceremony dan sebagainya. Bayaran memang lumayan. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran lain seperti IT dan sebagainya. Pak Arab ni memang mempunyai tendency untuk ambil Mat Salleh dalam segala hal. Tapi jika kita boleh beri pricing yang lebih kompetitif, memang akan dapat demand yang tinggi wa cakap lu..

Kemewahan rakyat Qatar ni digambarkan dengan mereka mempunyai yatch sendiri untuk jalan-jalan di laut Parsi..Aku tumpang ambik gambar jelah..

Hari kedua dipenuhi dengan aktiviti persidangan yang aku rasa kalau aku post kat KKS ni ramai orang termasuk moderator akan menyumpah aku sebab boring. So aku jump terus ke hari ketiga dimana aku telah menaiki first flight Emirates ke Dubai untuk aktiviti seterusnya..di EPISOD 2: JOM KE DUBAI

5 comments:

FrH said...

mcm xbleh blah ayat awal2 tu, "saya Arif Gomen" .. ke zaidi dah edit..?

toiletries ritz sana siap ada bvlgari ke .. pehhhh ..

arip xbawak bini ke .. rugi laa ..

arip baju kemeja putih kau nape xde pen .......... :P

hafdzuan said...

ni report untuk YBM ke ni?

gile complete ..

good job. .

zaidi said...

farahwan:..dia yang edit sendiri la..aku cut n paste je..

wan:..hahaha..arip gomen yang sedia report ni..gambar² pun aku dah catu..

admin said...

Thanks untuk info..Dapat la sikit gambaran pasal Doha...hehe

admin said...

Thanks untuk info..Dapat la sikit gambaran pasal Doha...hehe