Sesampainya di Dubai International Airport, aku merasa agak bertuah sebab pada hari itu bermulanya Dubai International Airshow. Macam LIMA di Langkawi, tapi LIMA lagi power sebab ada pameran maritime sekali.Dubai Airshow ni agak menarik gak sebab kapal terbang yang dipamerkan agak mantop jugak la, antaranya Airbus A380 yang terbaru dan terbesar berharga RM1 billion sebijik, pesawat pejuang MiG, Tomcat, helicopter Nuri hehe.., Private Jet Gulfstream dan Bombardier, dan macam-macam lagi. Berbaloi la buat pameran ni kat
Dubai sebab buyer confirm ada, kalau buat kat Serdang, aku agak sangsi sikit la sebab Qadir dengan Hafdzuan nak beli beskal pun terpaksa makan pakai buku 555 kat Maulan.
Di Qatar, aku melepakkan diri di Hotel Sheraton Creek, Dubai. Qatar ni berbeza dari kebanyakkan Negara yang aku dah pergi sebab Airport di betul-betul dekat dengan Bandar lama dia. Kira macam kat Subang Airport jugak la. Sheraton ni harga bilik satu malam ialah RM 500++ sahaja. Pemandangan cantik, view canal tempat berlabuhnya yatch mewah dan kapal pengimport makanan dan lain-lain, termasuk bot tambang pak mustar pinang sebatang.
Kemudian selepas check in dan line pun dah clear, aku terus dibawa berjalan ke Al-Sabkha Road yang terkenal di Qatar. Tempat ni terkenal untuk jam, barangan T sebab ianya dikuasai oleh peniaga dari India Muslim dan Pakistani majority dan ada sikit-sikit Cina dan Filipinos. Jersi basketball pun ada sini. Aku di suggest untuk pergi ke
kedai kain Phulwani yang memang terkenal untuk orang
Malaysia untuk beli kain buat suit dan kain sutera sikit-sikit sebagai buah tangan. Owner kedai Phulwani ni adalah orang
India yang langsng tak pernah ke
Malaysia, tapi fluent cakap melayu. Dia ni belajar bahasa melayu daripada customer yang datang ke kedai dia. Ramai stewardess dan orang Malaysia yang tinggal di Dubai la sebenarnya yang tolong promote kedai dia ni kat orang Malaysia yang datang dan dia pun bagi harga yang agak murah dan tak risau kena ‘sembelih’ jika beli kat sini. Kalau korang pergi kedai lain confirm lepas shopping akan tinggal spender je.. Yang menariknya luar kedai dia ada gantung bendera Malaysia,gambar siti nurhaliza, gambar agong, dan penuh kat balik cermin meja dia business card pelanggan-pelanggan dia yang semuanya daripada Malaysia sampai ke siling pun dia tampal business card tu. Aku jumpa ramai jugak la orang yang aku kenal terutamanya pegawai kerajaan dan usahawan yang ke
Dubai ni tinggalkan kad mereka kat
sana. Kalau korang pergi next time korang pun akan jumpa business card aku..haha. Tempat ni kira tempat wajib datang la untuk semua rakyat
Malaysia jika datang ke
Dubai.
Lepas menghabiskan beribu duit aku dan hampir muflis kat kedai kain tu, aku pun pergi window shopping di Dubai Mall. Dubai Mall ni antara yang terbesar kat Dubai, lagi besar dari One Utama yang dah renovate dan MidValley. Besar sebab dia ada Indoor Aquarium yang terbesar dunia dalam shopping Mall. Antara ikan yang boleh dilihat ialah jerung, kerapu dan siakap..(aku mana kenal ikan, jerung pun pasal aku nampak ada topi tiga segi kat atas badan jerung tu). Ada juga penyelam yang tengah bagi makan ikan-ikan tersebut. Bayaran masuk ke aquarium tu ialah 80 riyal sahaja.
akuarium indoor di Dubai Mall. tiket 80 riyal
makanan di negara orang, lagi sedap makanan di negara sendiri Lepas melihat ikan di aquarium tu, kami pun rasa macam nak makan ikan pulak, jadi kami ke Heritage Village di pusat Bandar untuk makan seafood ala Yemen. Kami order agak banyak jugak malam tu, pakai tunjuk jer..haha..last-last kena dekat 500 riyal, menggigil gak nak bayar..nasib baik datang dengan bos, kalau datang sendiri, makan roti nan dengan kari ikan jelah hari-hari..
suasana malam di Dubai
Hari keempat
Flight balik KL jam 7 petang, jadi lepas breakfast, kami pun cargas pergi ke New Dubai iaitu tempat terletaknya fasa ke dua business centre Dubai yang merangkumi Dubai tower (menara tertinggi di dunia) dan Burj Al Arab. Bayaran masuk ke Burj Al Arab ni hanyalah 150 riyal sahaja. Burj Al Arab ni adalah hotel mewah 8 bintang yang siling lobinya sahaja bersalut emas dan satu bilik paling murah kat sini ialah USD15000 satu malam. So, bayangkan siapa je yang boleh lepak kat sini.
burj al-arab bersama replika kapal zaman Hang Tuah di Ibn Battutah Mall Bukan tak mampu nak masuk, tapi masa tak mengizinkan. Jadi kami meneruskan perjalanan ke Ibn Battutah Mall, yang merupakan antara Mall yang besar di Dubai. Menariknya Mall ni ia dibahagikan kepada beberapa continent iaitu China, India, Andalus, Tunisia, Egypt dan Persia yang menggambarkan perjalanan Ibn Battutah. Memang perlukan masa dekat 5 hari 5 malam jugak la kalau nak habiskan jalan-jalan seluruh Mall ni, jadi kami pun ambik keputusan untuk naik ‘concorde’ dan ikut shortcut agar lutut kami tak tercabut sebelum kembali ke Malaysia. Korang bayangkan kalau dah kapal laut pun dia boleh letak dalam Mall. Tak ke besar giler tu?
salah satu stesen LRT di Dubai
Satu lagi Mall yang kami pergi ialah Emirates Mall. Kalau di Sunway Piramid, ada ice skating je, di sini ada indoor Ski Park equipped with gondola yang membawa Skiers ke tempat mula. Disini korang akan dapat lihat la pak arab main ski kat tengah Negara padang pasir. Dunia..dunia..
indoor ski park di Emirates Mall
Kami menaiki flight daripada Dubai International tepat jam 7 malam waktu tempatan dan sampai di KLIA jam 6pagi waktu Malaysia. Sekian catatan dari saya Arif Gomen untuk Kelab Kembara Serdang, semoga berjumpa lagi di posting yang akan datang.
4 comments:
pergh. dubai
sempat ko buat serangan peribadi kat aku ye arip
hahaha sempat tu ngate qadir & hafdzuan.
sian bot tambang pak mustar pinang sebatang tu .. haha.
apsal x amik gamba kedai pulwani tu?
pehhhh.
jasmin:..thehehe..mahal oo kat sana
wan:..hahaha..
farahwan:..ntah..dia tgh sibuk pilih kain tuh kat kedai pulwani
Post a Comment