Wednesday, December 10, 2008

TRIP SOLO: KUCHING & KK


1 Disember 2008 - 3 Disember 2008 (trip ke Kuching, Sarawak)


[semenanjung]

[suasana malam bandar kuching]

[salah satu statue di bandar Kuching]

salam. ohya..aku baru je trip + kerja di Sarawak & Sabah pada 1- 6 Disember 2008. So di Sarawak, aku landing ke Kuching dengan menaiki Airasia dari LCCT (RM 300 sehala) jam 6 petang. penerbangan satu setengah jam tak terasa kerana asyik melihat karenah pramugari yang bertugas. kebetulan yang bertugas itu sungguh hot-hot belaka. ok..memandangkan aku datang ke sini atas urusan kerja, maka aku menginap di Hotel Holiday Inn, Kuching (RM 160/day/orang). di sekitar bandar Kuching terdapat juga budget hotel sekitar RM 35- RM 100.

B & B Inn
1st Floor, 30-I, Tabuan Road, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel: (6) 082-237366 , Fax: (6) 082-239189
Rates: RM 15 (Dorm bed)
RM 23 (Single)
RM 31 (Double)
RM 29-39 (a/c)


Supreme Hotel
Tel:(6) 082-255155, Fax: (6) 082-252522
Marlin Inn
Convenient for Sunday Market. 571-3 Jalan Nanas, 93400 Kuching
Tel:(6) 082-233500, Fax: (6) 082-236500
Rates: RM 46-60
Orchid Inn
2, Jalan Green Hill, Kuching Sarawak, Malaysia
Tel: (6) 082-411417 / 411425 / 411427
Fax: (6) 082-241635
Rates: RM 35-45
Singgahsana
First Floor, No. 96 Main Bazaar, Kuching 93000, Sarawak, Malaysian Borneo
Phone: (6) 082-421 346 (Donald or Marina)
Fax: (6) 082 422 926



tempat best di kuching ni pun banyak, boleh rujuk map ini. anyway, untuk tujuan makan-makan. boleh ke Top Park, Kuching (gerai makan di tempat letak kereta). makanan seafood amat feymes di sini. seeloknya minta menu makanan dari tokei kedai bagi mengelakkan anda ditipu mengenai harga makanan di sana, lebih-lebih lagi jika anda orang Semenanjung.

[atas dari kiri: ambal goreng pedas, umai, ayam pasuh & sayur campur]

antara makanan yang feymes seperti:
umai (kerabu ikan) = Rm30
ayam pasuh = RM 48 / 2 ketul ayam
ikan masak kukus halia = harga ikan ikut pasaran tempatan.
ambal (siput losong) masak pedas = RM 12
sayur campur = RM 8
terubuk bakar = RM 15-18/ekor
udang salut cheese = RM 20
dan lain-lain (minta menu)

2 Disember 2008 (Selasa)

[jam 5 pagi dah serupa cam jam 6 pagi di Semenanjung..demm]

pagi hingga ke petang tu aku ade kerja. berurusan dengan agensi pertanian di sekitar Kuching.

So malamnya plak baru jalan-jalan cari makan. itu kalau nak makan seafood la. lupakan hasrat nak makan-makan atau jalan-jalan sekitar bandar Kuching kerana waktu operasi bandar sana tutup jam 9.seeloknnya anda boleh juga jalan2 di sekitar Waterfront, Kuching. Kat sini cam kat Sungai Kuantan juga, ada tempat makan-makan.

[Waterfrot, Kuching]

Harga makanan & minuman kat sini berpatutan (RM 15/orang), makan mengadap Sungai Sarawak serta boleh cuci-cuci mata melihat kelibat bot-bot nelayan serta gadis-gadis genit yang lalu lalang di Waterfront. terdapat juga jualan cenderamata kecil-kecilan (RM 10 - 50) di sepanjang Waterfront. boleh juga naik bot penambang, cuma RM 40/orang untuk menikmati suasana sungai Sarawak.

[aneka jenis kek lapis Sarawak]

[laksa sarawak]

[atas:terubuk masin, bawah:terubuk siap bungkus]

[pasu sarawak]

Kat sini susah nak jumpa kedai mamak, so nak lepak 24 hour, boleh pergi ke Khatulistiwa Cafe, Kuching (ala-ala cam Geografer di Melaka) berhampiran Hotel Holiday Inn, Kuching. Selain itu, jika sampai kat Sarawak ini tidak sah jika tidak melawat muzium-muzium yang terdapat di Sarawak. Malah jika mahu kembali ke Semenanjung, jangan lupa membawa pulang kek lapis Sawarak (Kek Lapis Pn.Salbiah= RM 10-30) serta ikan terubuk masin (RM 10/2 ekor), telur ikan (RM 40/sebungkus). jangan risau kerana jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak, mereka akan siap bungkus serta hantarkan melalui pos. Jika mahu mencari pasu Sarawak, boleh ke Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Laksa Sarawak juga perlu untuk dicuba (RM3.50/ semangkuk).


3 Disember 2008 ( Trip ke Kota Kinabalu, Sabah)

jam 6 pagi...

[on the way ke Kota Kinabalu, Sabah]

bersiap mahu ke Kota Kinabalu, Sabah, jam 12 tengahari sudah bertolak dengan menaiki MAS ( RM 80- Kuching ke KK sehala). sampai jam 1 petang, tapi pukul 3.00 petang sudah ada meeting bersama agensi pertanian, perikanan dan veterinar Sabah. program habis jam 6.oo petang.menginap di Palace Hotel (RM160/org/day). Untuk makan malam, kami makan di medan selera (berdepan dengan Maybank Islamic - berdekatan dengan bangunan KWSP). Makanan kat Sabah ni lain sikit sebab rasa tawar, jadi sebab lapar kerana malam sentiasa hujan, makan malam pada hari itu ialah kuew teaw goreng + RADIX (RM 6/org).

untuk info sewa kereta di Kota Kinabalu:
  • Mountain Rent-a-Car & Travel Sdn Bhd, Plaza Tanjong Aru, Kota Kinabalu.
    Tel: 088-246767
  • Mayflower Car Rental, Wisma Sabah, KK.
    Tel: 088-242990.
[Kota Kinabalu]

infobudget hotel:
  • Akinabalu Youth Hostel, [info]. Best place for Backpacker & Budget and conveniently located on Jalan Gaya where the famous Sunday Market takes place. Two computers with free internet access, TV and DVD, and free breakfast. RM50 for a room for two with shared bathroom. Safe and clean with friendly staff.
  • Asia Adventure Lodge, tel. +60 138929995, [info],Smaller hostel with a friendly family feel located right in the heart of town next to Internet cafe, banks, travel agents, supermarkets and nightlife, plus the colourful and deliciously diversified Sunday Market. Dorms RM 17 (fan) or RM 22 (aircon); Aircon Singles/Doubles RM 40/RM 58. Free Wi-Fi too!
  • Borneo Backpackers, tel. +6(088) 234 009, [info] .Centrally located in the heart of Kota Kinabalu, Borneo Backpackers has already attracted the attention of discerning travellers from around the world. Some guests have already made return visits, and many more have vowed to return. While guests originally come for the facilities on offer, such as clean bathroom, toilets, pantry area, internet facility, laundry, cosy lounge area, roof garden deck, 24 hours security, and a tour information counter. They return for the service from our friendly, helpful and knowledgeable local staff. Rooms available include airconditioned or fan Large Dormitory (10 Beds), Medium Dormitory (4 - 6 Beds) and Private Rooms. Each room has small storage compartment for personal items and has a fan or is air-conditioned. Rates from US$7 per person per night.
  • Borneo BeacHouse Backpackers, tel. +6(088) 218 331, [info]. Enjoy the only BeacHouse (friendly, relaxed atmosphere) which offers the ideal vacation home to the leisure seekers and busy executives with abundant eco and nature sites.
  • British Council, just off Gaya Street, street market every Sunday morning, lots of cheap restaurants and banks nearby.
  • Hamin Lodge, tel. +6(088)272008 [info], Hamin Lodge in Kota Kinabalu is a unique boutique budget Hotel in the heart of Kota Kinabalu City. Services include Borneo Deco Hotel rooms in Kota Kinabalu, Exciting Borneo Tour packages, a Traditional Massage Spa, Restaurant and Bar. Fully air conditioned for comfort, rooms range from budget Hostel types of rooms suitable for backpackers to deluxe rooms with ensuite. Discover Borneo with us and experience your Best Value Holiday in Sabah, Malaysia. Definitely we have the Best location for a Hotel in Kota Kinabalu City.
  • Hotel Holiday, tel. +6(088)-213116, [info]. One of the best budget hotels in the city center. Offer 1mb wireless internet /hotspot, laundry, friendly staff, closed to tourist attractions. Rates start from RM83 for air-con double room with private bathroom.
  • Lavender Lodge, tel. +6088 - 217119 , fax +6088 - 218077, [info]. This newly opened hotel is located in the central business district of the city,within short walking distance to shopping malls, restaurants and entertainment outlets. The exceptionally clean and comfortable rooms, friendly staffs and affordable prices make the lodge favourites among international travellers.
  • Step-in Lodge, tel. +6088 - 233519, [info]. Painted in a zany combination of purple and bright green, this is a cozy little hostel in the middle of the city, with very friendly staff. Toilets and shower stalls are immaculate. Rates start from RM25 per person for a dorm, air-con double RM80, including a simple continental breakfast.
  • Summer Lodge, [info]. Convenient central location with a nice lobby, free internet/wifi, free breakfast, and very helpful staff. Clean, decent bathrooms, however dorm rooms leave a bit to be desired (cramped, bed frames falling apart). As of July 2008: All rooms have aircon; 22 MYR/night mixed dorm; 28 MYR/night male or female only, plus private rooms.
  • Velvet Lodge & Lounge, tel. +6088 212196, [info]. Located in the heart of the city this clean new hostel offers Internet/wi-fi, laundry, friendly staff, simple breakfast and a funky patio lounge serving great meals and cold beer. Details visit website
  • Kinabalu Backpackers, tel. +6088 - 253 385, [info]. Centrally located in Australian Place, Kinabalu Backpackers offers Dorms for RM 20, Doubles (Sleeps 2) and Twins (Sleeps 2) for RM 60 a night -- all rooms have AC. Free Breakfast, Free Airport pickup, Free Coffee or Tea all day and Free Internet+Wifi.
  • X-plorer Backpackers Rates Start from RM20.00 - RM70.00. Hurry! Reservations can be made online or by calling or e-mail at:-1st Floor, 106/108, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel:088-538780 Fax:088-538781 or H/P:012-8399328
  • Plaza Hotel Contact No. +6088 272391,[info]. Excellent Location!!! "Our friendly and courteous staffs are committed to ensure your stay will be a pleasant one".
  • Hotel Kotajaya and Back Packers Contact No. +6088 222715, [info]. Located near Sinsuran Complex, short distance to Centre Point, Api-Api Centre, Kompleks Asia City, and Waterfront bars. Budget rooms with private bathroom are available. Friendly host.

4 Disember 2008
jam 8.00 pagi hingga 4 petang- ada lawatan teknikal di Tuaran, Sabah. kemudian call Jeremi untuk jalan-jalan sekitar KK. kami menuju ke Tanjung Aru untuk menikmati minum petang sambil melayani view matahari terbenam pada jam 5.30 petang. jam 6.3o petang berangkat ke hotel untuk nikmati makan malam di Likas.

[sunset view di Tanjung Aru, Kota Kinabalu]

[jeremi & ina(tunang jeremi)]

Di Likas, terdapat banyak gerai seafood malah satey kajang pun ade. so menu makan malam tu ialah ikan sebelah kukus halia, siakap 3 rasa, kerang jumbo rebus, sotong saiz selipar goreng sambal, udang goreng tepung dan tomyam seafood (RM40/orang).

5 Disember 2008
jam 8.00 pagi hingga 6 petang- meeting dengan agensi pertanian Sabah. tengahari tu break jap pasal nak sembahyang jumaat. so kami ke masjid negera di Likas, juga dikenali masjid terapung. yang coolnya masjid bersebelahan dengan tepian pantai. memang terbaekk.petang pula ada time rakan sekerja keluar membeli belah di Pasar Filipina, Kota Kinabalu.

[masjid terapung di Likas]

Pasar Filipina ini merupakan one stop centre untuk barangan cenderamata, hasilan laut, hasilan pertanian dan lain-lain. antara barangan yang feymes yang biasa orang ramai beli ialah hiasan diri dari mutiara, ikan/udang kering dan kuih cincin. kalau pandai tawar-menawar, maka boleh dapat special prices. malah mereka boleh bungkuskan barangan untuk dihantar ke rumah.

[pasar filipina]

kat sini juga ada perkhidmatan menjahit / outer pakaian. yang menariknya mereka menggunakan mesin jahit yang old skool. cas yang dikenakan mengikut jenis outer yang telah dilakukan. di sini juga terdapat penjual rokok serta barangan tiruan jalanan di sepanjang jalan Pasar Filipina ini.

[deretan kedai meng'outer' pakaian]

disebelah pasar Filipina ini, ada pasar tani/pasar malam yang biasanya beroperasi mula jumaat jam 5 petang. pelbagai juadah yang menarik disediakan. malahan yang paling menarik ialah ikan bakar yang dijual disana. spesis ikan laut yang rare telah dijadikan sebagai ikan bakar. malah ade juga udang bakar bersaiz selipar. harga ikan bakar dan udang , ikut harga semasa. kalau laut gelora, mahal la jadinya.

[atas: suasana gerai ikan bakar, bawah: udang bersaiz selipar]
[gerai makanan tempatan]

malam keluar jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Kami lepak di Tanjung Aru, menikmati jagung bakar sebelum ke Kampung Air. Persekitaran Kampung Air lebih kurang macam Pulau Pinang. tak banyak sangat kedai makan yang buka hingga larut malam. cuma pub-pub yang kelihatan.

6 Disember 2008

[jam 6 pagi..suasana agak malas.]

[KKIA]

perlu bersiap untuk pulang ke Semenanjung pada jam 2 petang. jam 12 mula check out hotel dan berangkat ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA), kemudian setelah check in, naik kapal terbang seterusnya ke KLIA.

[Kota Kinabalu-mahu pulang ke KLIA]

[next projek 2010 : Gunung Kinabalu]

more info to Kota Kinabalu

4 comments:

arezeizul said...

halo..thanks coz singgah blog zul

FrH said...

1. ahh aku tinggal sarawak jek xjejak lg!!

2. tidak adakah jamuan petang di rumah kau sambil menikmati kek lapis sarawak..?

3. ayam pasuh tu apa? ayam yg dibasuhkah?

4. kenapa suasana kat tanjung aru mcm sepi .. dulu aku pegi siap ada ala2 beach party ..

5. haihhh terliur aku teringat pasar mlm belakang pasar filipina tu ..

zaidi said...
This comment has been removed by the author.
zaidi said...

zaidi to farah:

1. huhu..aku baru jejak kuching aje..

2. kek lapis dah habis. agih2 kat mak mentua dan mak sendiri

3. ayam + pucuk ubi masak cam ala-ala lemak kemudian dibakar dalam buluh.

4. aku pegi bukan waktu mlm minggu

5. hahaha..aku lalu je..x beli apa2 pun. teruja tgk udang saiz selipar dan ada ikan warna biru