
08/11/08 (sabtu-jam 2 pagi)
..yeah tarikh keramat KKS menggegar kembali Cameron Highland yang tercinta. seramai 12 orang dan 4 buah kereta. perjalanan dimulakan jam seawal 10 malam. kemudian kami adakan pertemuan di Hentian Tapah untuk pekena kopi radix serta melayan kacang rebus. Dilemma kami bermula pada malam tersebut kerana hotel backpacker yang kami hubungi malam tadi menyatakan hotel dah fullbooking..memang gila..tapi itulah kenyataannya apabila trip bersama kami. bersedia sentiasa. kemudian kami pakat untuk berkumpul terus di Tanah Rata, Cameron Highland. mula bertolak dari hentian tapah jam 2 pagi
..yeah tarikh keramat KKS menggegar kembali Cameron Highland yang tercinta. seramai 12 orang dan 4 buah kereta. perjalanan dimulakan jam seawal 10 malam. kemudian kami adakan pertemuan di Hentian Tapah untuk pekena kopi radix serta melayan kacang rebus. Dilemma kami bermula pada malam tersebut kerana hotel backpacker yang kami hubungi malam tadi menyatakan hotel dah fullbooking..memang gila..tapi itulah kenyataannya apabila trip bersama kami. bersedia sentiasa. kemudian kami pakat untuk berkumpul terus di Tanah Rata, Cameron Highland. mula bertolak dari hentian tapah jam 2 pagi
minyak kereta dari serdang = RM 50
rehat di tapah (kopi radix + kacang rebus) = RM 4
masuk tol tapah (Jalan Duta ke Cameron) = RM 25




jalan malam tu agak licin, so kami perlahankan pemanduan kami. perjalanan malam lebih mudah kerana kurang kereta @ xde langsung. Untuk sampai ke Tanah Rata ambil masa dalam 45-50 minit.sampai je Tanah Rata jam 6 pagi, kami terus memandu ke Brinchang untuk menikmati sarapan pagi. pagi tu wafi + ped + 2 chicks (aton& ayai) pergi ke Sungai Palas untuk menikmati suasana matahari terbit di ladang teh. tempat ini memang terbaekk pada waktu pagi...dengan udara yang nyaman serta suasana pemandangan yang damai dan menghijau. Kalau korang nak feel lagi, elok drive atas sikit nak menghala ke Gunung Berichang..korang cari spot "Batu Azura"..memang boleh nampak la hampir keseluruhan ladang teh yang menghijau..



ok..berbalik semula ke tempat sarapan tadi. so kat tempat medan selera di Brinchang ni, memang boleh dapat macam-macam menu ..yang terbaik sekali ialah nasi lemak + timun jepun. Harga makanan situ pun sama cam harga kat Serdang juga..harga standard..pagi tu majoriti layan telur setengah masak + roti bakar + kopi pekat..memang feel bila berada di kawasan sejuk di kawasan peranginan nih.untuk sarapan = RM 5/orang
jam 7.30 pagi, kami dan team KKS ke tempat penginapan KRS Pine Guest House( kredit tu Uncle Raj, owner KRS Pine Guest House & Twin Pine Guest House)..so nasib baik juga mendapat tempat penginapan kerana menurut maklumat, hotel tersebut full book..kerana owner familiar sangat dengan muka zaidi, wafi & qadir, maka kami dapat juga bilik.
* kena booking awal, so call 05-4912777 (Cristie)
sewa bilik di KRS = RM 30/person/day (bilik air attach ngan bilik tido)
sewa bilik di Twin Pine = Rm 15-20/ person/day (loteng )



jam 1.30 petang, lepas solat jamak. kami masing-masing buat agenda sendiri. So ada yang naik Gunung Irau untuk melayan alam semulajadi dan ada juga ke Sungai Palas untuk melayan teh pudina serta hayati ladang teh. difahamkan yang naik Gunung Irau pada petang itu Qadir, Wan, Arip dan Ped...maklumat lanjut di sini.





jalan punya jalan punya jalan..akhir nya team zaidi & wafi melayan scone strawberi di T-Cafe ( atas Merrybrown, Tanah Rata). kat sini memang superb. makanan & enviorenment memang cool. kalau korang pegi dan cakap kat awek cashier "kenal x abang panjang & abg spek kena marah sebab hisap rokok?.." mesti dia kenal ..theheheh..harga menu lain --> boleh tengok buku menu.
so aktiviti malam tersebut agak terhad dan di isi dengan aktiviti tido. perlu berehat untuk program awal pagi. jam 11 malam team naik gunung mula call suruh ambil di kaki gunung irau. malam tu hujan agak lebat.


09/11/08 (Ahad-8.00 pagi)
suasana pagi yang sejuk..tap air panas tak boleh pakai..demm..
selesai membeli barangan, kami lepak di Rajoo Strawberi Farm untuk menikmati wafel aiskrim strawberi + tea strawberi + ais krim straberi coklat = RM 12.
jam 2 petang, kami bersiap untuk pulang. perjalanan lancar hingga ke hentian tapah. tol balik dari tol tapah ke jalan duta= RM 25. jam 6 petang, kami semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
* pesanan- hati-hati di jalan raya, permukaan jalan dari tapah ke KL tidak begitu sekata. sudah test dengan kelajuan 150 km/j, kereta agak terbuai-buai.
No comments:
Post a Comment