Thursday, August 21, 2008

DESTINASI BAJET DARI 8TV

Setiap Rabu , jam 9.30 malam di 8Tv. "Destinasi Bajet musim ke-2" ni di hoskan oleh Qushairi (Chi OAG) yang menampilkan trip versi backpacker yang hanya belanjakan RM300/orang, yang merangkumi belanja penginapan, belanja makan, jalan-jalan dan siap beli cenderahati lagi selama 3 hari 2 malam. So apa tunggu lagi, mari menonton destinasi bajet dan sama-sama plan trip bersama team kelab kembara serdang...yoohooo..



*paling suka part Chi snorkel bersama penyu di episod 5: Pulau Hentian...demm..




info:

Program berbentuk ‘infotainment’ yang menampilkan Hos sebagai perantara dan jururcakap yang akan membawa audiens menikmati percutian dengan perbelanjaan yang minimum diseluruh destinasi percutian tempatan.

Program selama 25 minit ini akan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai destinasi percutian yang dilawati, seterusnya Hos akan membawa audiens menikmati percutian jimat (Budget Holiday) dengan memaparkan antara lainnya chalet-chalet atau hotel-hotel, tempat-tempat makan, kawasan-kawasan membeli-belah, aktiviti-aktiviti percutian dan juga kaedah-kaedah pengangkutan yang mengenakan harga yang berpatutan.

Disamping itu Hos juga akan membawa audiens menjelajah tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan riadah dan mengambil bahagian di dalam apa juga aktiviti-aktiviti harian penduduk setempat di lokasi tersebut. Untuk mengekalkan ciri-ciri percutian jimat (Budget Holiday) Hos akan diperuntukan dengan perbelanjaan sebanyak RM300 di setiap destinasi.

Hos juga akan menerangkan kepada audiens secara lengkap mengenai perancangan yang sesuai dengan peruntukan untuk menikmati percutian dengan selamat. Untuk keselamatan percutian pula, Hos akan menerangkan kepada audiens antara tempat-tempat yang boleh dihubungi ketika kecemasan seperti Balai Polis, Hospital, Pasukan Penyelamat dan lain-lain.

Program akan menampilkan teknik ‘fast-cut’ dan ‘insert’ bagi mengekalkan tempo yang sesuai. Program juga akan menggunakan B. Malaysia sebagai bahasa pengantar.

No comments: