Sunday, October 21, 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Telah di [ctrl c + ctrl v] oleh editor secara kasar setelah mendapat kebenaran dari penulis asal..

trip KKS dengan tema "Back to School"

25hb Feb 2007 itu ari, kelab kembara serdang telah mengadakan lawatan sambil belajar sekitar Kuala Lumpur dengan diiringi oleh cikgu disiplin iaitu cikgu jasmin.....antara tempat yg menjadi pilihan adalah muzium negara... lepas tu kita orang ke tugu negara dan tempat terakhir menjadi pilihan lawatan merupakan taman burung....(ikut plan asal sebenarnya kita orang nak pegi zoo negara je, plan awal tu kena cancel memandangkan tak ramai yg nak join ke zoo)...tema kelab kembara serdang kali ni adalah "back to school"... posting kali ni aku nak upload gambar kat muzium.... gambar kat tugu negara & taman burung akan di upload lain kali...

budak sekolah curi-curi isap rokok...

lama dah tak sampai kat Muzium Negara, tempat nya tidak banyak yang berubah..cuma feel la..sebab last pergi muzium masa kami darjah 6..itu pun ikut cikgu pergi rombongan sekolah..tak banyak tempat boleh mengular..kami begitu teruja lalu mengambil gambar di hadapan pintu masuk muzium..

bergambar bersama cikgu jasmin kat depan pintu masuk muzium

kemudian kami memulakan lawatan dikawasan luar muzium..dengan memasuki replika Istana Satu..di situ dipamerkan barangan keperluan serta perabot yang digunakan di zaman persuratan melayu lama...masuk adalah percuma..

tekun mendengar penjelasan cikgu jasmin tentang keterujaan beliau terhadap persuratan melayu lama

cubaan mencuri tempayan lama untuk menampung tabung KKS gagal setelah dilihat melalui CCTV

kemudian kami menuju ke arah pameran pengangkutan sejak zaman hang tuah sampai la zaman 90-an..

"abang ader lalu tak seremban?... sekolah saya kat sana"

kemudian kami masuk ke dalam muzium, ya..untuk pengetahuan semua..kami kena bayar RM 2/orang..tapi time tu nizo yang setelkan sebab kami masih "sekolah"..hahaha...memang mendukacitakan kami kerana tingkat -2 muzium sedang direnovate..jadi kami tidak dapat melihat bapak ikan kerapu yang telah diawet..sebelum tu kami terlihat pameran kuih tradisional malaysia..memang macam sial sebab kuih disitu dah berkulat serta bentuknya yang dah lari side..tapi kami berfikir positif bahawa kemungkinan kuih tersebut akan ditukar pada hari raya yang berikutnya...lalu kami ubati lara hati ini dengan memasuki zon pameran budaya masyarakat malaysia.....disini kami didedahkan tentang budaya majmuk di negara ini sejak zaman sebelum hang tuah hingga lah sekarang..kami kemudian teruja dengan replika burung garuda yang digunakan untuk mengangkut budak yang nak kena sunat.. ritual arakan ini hanya dilakukan oleh kerabat diraja pada zaman hang tuah dan pengangkutan yang difahamkan sebesar kapal terbang MAS fokker akan diarak ke seluruh kampung sebelum kanak2 diraja terbabit disunatkan.

teruja dengan replika garuda

melihat pameran tradisi baba dan nyonya..di sebelah kami terdapat awek foreigner yang tak pakai bra menyebabkan pengawas kami teruja

cikgu jasmin menyelia penyediaan dodol ripof..

lepas tu kena paksa bakar lemang ripof plak....

cikgu jasmin meletakkan kembali replika singa kerana kantoi dengan CCTV jugak..

kami penat..tapi pelik tengok budak sekolah lain boleh handle lagi kepenatan mereka..cam cilake

kemudian kami menyambung pengembaraan kami di kawasan luar muzium...bertujuan untuk mengembalikan keremajaan peparu & tekak (keremajaan la sangat..hahahaha)

dah penat tu.... marila menghisap rokok untuk menghilangkan penat...

cubaan merasuah pengawas sekolah dengan rokok winston

malangnyer pengawas sekolah ni hanya hisap rokok dunhill je, winston dia tak mau... korang nampak tu, bangga gila muka pengawas sekolah selepas membuat kita orang kantoi ngan cikgu jasmin..

cubaan meletupkan kepala di bawah tayar keretapi..kerana malu akibat terkantoi dengan cikgu displin

malangnya cubaan bunuh diri gagal setelah mendapati pemandu keretapi tersebut ialah pengawas yang kantoikan tadi

kemudian kami diheret semula masuk ke bengkel SPM yang sebenarnya di buat di area muzium tersebut.

kemudian kami mengeksplorasi pameran laut dan pameran orang asli..hanya perlu turunkan tandatangan dan no i/c jika mahu masuk ke pameran tersebut..lawatan kami tidak sampai di sini saja..kemudian kami ke KL Bird Park..selanjutnya akan dicerita tidak lama lagi..dah..kamu semua boleh sambung kerja setelah membaca post ini. Sekian

No comments: