Thursday, March 3, 2011

EKSPEDISI BERSAHAJA DI GUNUNG NUANG, SELANGOR

team KKS mengadakan ekspedisi bersahaja ke gunung nuang pada 11-12 disember 2010. ekspedisi dirancang pada pagi 11 disember 2010 dan mula bertolak dari serdang pada jam 3 petang pada tarikh yang sama.


bersiap-siap segala kelengkapan ekspedisi serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin serta tanpa syak wasangka.

pergerakkan semakin perlahan sejajar dengan bentuk muka bumi yang mencabar sebahagian ahli KKS yang jarang2 melaksanakan aktiviti lasak. kemudian rehat sebentar di pit stop yang pertama.

perjalanan diteruskan hingga tiba di tapak perkhemahan pada malam hari. kami setting khemah dan mula sedia makan malam kami.

dinner kami pada malam itu.

pagi 12 disember 2010, kami bangun pagi dan bersarapan. hanya sebahagian yang meneruskan perjalanan ke puncak gunung nuang. manakala yang lain menjadi 'tok batin' di tapak perkhemahan.

kami di puncak gunung nuang.

ada beberapa kem yang akan anda temui seperti kem lolo, kem pacat sepanjang perjalanan ke puncak nuang. hanya sebahagian yang berjaya menawan puncak nuang setinggi 4898 kaki dari aras laut itu.

selesai menawan puncak, maka perlu kembali ke basecamp untuk kemas barangan serta sampah2. petang itu, kami mula turun hingga tiba di pintu masuk pada jam 5 petang.

p/s: ini bukan cerita sebenar. sekadar rekaan berdasarkan gambar. cerita sebenar akan kita ketahui sekiranya ahli KKS yang pergi ke gunung nuang tersebut akan mengubahsuai kandungan catatan ini.

1 comment:

| KBKCrew | said...

apeeee, bukan cerita sebenar? hehehe..