Tuesday, April 28, 2009

TRIP OUTDOOR KE PULAU HENTIAN

Kali ini team KKS memaparkan trip solo salah seorang ahlinya iaitu Arif Gomen yang membuat program ‘release tension’ beliau sendiri di Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman. Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada 24 hingga 26 April yang lepas antaranya ialah memancing laut, snokerling, candat sotong, menembak burung dan haiwan hutan, serta makan-makan.. Kita ikuti perjalanan beliau.."chek it dout"..hahahaha

Day 1 (Jumaat, 24 April 2009)

Peh, this is my 1st trip memancing, tak pernah pegang joran pun selama ni, ni 1st time, tapi kalau berkhemah, naik bot, whaler atau kayak keliling pangkor & pulau rumbia tu aku dah biasa da.. (thanks OBS) Perjalanan mengambil masa 7 jam daripada Putrajaya ke Besut, kami satu pejabat diketuai oleh SUSK (Setiausaha sulit kanan- En. Bad) telah mengambil 2 bijik MPV (Fortuner dan Serena) memulakan gerakan sekitar jam 10.30 pagi daripada Putrajaya. Kami breakfast dulu di mamak present 9 dan menuju ke Besut mengikut jalan Hiway KL-Putrajaya, masuk tol gombak, lalu Highway Pantai Timur sebelum ikut jalan lama Jabor, Dungun melalui tasik kenyir. Jam 2.00 petang (tak solat jumaat, musafir) kami singgah di Kuala Berang untuk makan tengahari. Semuanya dah di arrange oleh Tuan SUSK kami, memang ‘A’ la makan tengahari kami time tu, ikan kelah, baung masak tempoyak dan ikan sebrau serta keli panggang (semua ikan darat) yang dibeli fresh daripada tasik kenyir..siap ulam kampung lagi dengan jus pegaga..terbaik..


Ni je yang sempat ambil gambar, tu pun pasal dah lapar..

Sesampainya kami di Besut, kami melepakkan diri dan bermalam di Pantai Kluang Beach Resort (berdekatan dengan Jeti Besut). Korang jangan ingat Besut ni cikai, ni ha aku tunjukkan bilik mandi dia..

ni bilik mandi, giler la..

ni plak ruang tamu..

Ganas gila bilik dia..terkejut aku, tak guna cerita banyak, malam tu kami pergi dinner kat Kampung Kayu Kelat, kampung SUSK kami..makan ICT (ikan celup tepung), sotong goreng, ayam ayam (ni rozaid bagi nama) iaitu ayam hutan yang ditembak, kecik tapi sedap giler, eksotik habis la.. dah kenyang, tanpa banyak soal kami terus blah dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih pada tuan rumah..

Day 2 (Sabtu, 25 April 2009)

Kami mulakan hari kedua dengan solat Subuh secara berasingan, ada jugak yang subuh atas katil (nama dirahsiakan), kemudian terus bergerak ke Jeti Besut. Tapi sebelum ke Jeti, kami singgah breakfast di salah sebuah port untuk makan ikan dan sotong bakar. Kami ditemani oleh YDP Majlis Daerah Besut, En. Wan dan juga Y.Bhg. Pegawai Daerah Besut. Sambil-sambil makan, sambil mesyuarat tentang isu pembangunan dan politik semasa. Menurut ceritanya, petua semua orang yang nak ke laut kena makan dulu ikan dan sotong bakar ni (mangsa kami seterusnya) kerana dikhuatiri nanti bila memancing takkan dapat hasil. (Hasilnya, pak abu, pilot kami pergi cari toilet untuk buang hasilan yang kami makan tadi.)

Kami mulakan di Jeti, selepas punggah barang-barang untuk bekalan kami dan juga menyapu losen sunblock jenama banana boat, kami pun naik kapal memancing kami dengan kelajuan 1.3 knot menuju ke timur laut menuju ke destinasi kami, laut lepas!

Dulu kami dah bayar deposit bot ni untuk trip memancing, tapi bila owner dia suruh kami tarik sendiri masuk laut, tak jadi la

Kemudian sesampainya di tengah lautan, tak payah cerita banyak, joran mula dicasting ke dalam laut, memandangkan ni kali pertama aku pegang pancing, maka terpaksa amik tutorial selama 5 minit cara-cara memegang pancing..

posing macho sebelum pancing

Roslan tengah siapkan umpan sotong untuk pancing, tembikai 2 bijik di belakang tu untuk makan-makan sambil tunggu ikan..

Kami naik bot mewah ni,siap ada sofa kulit lagi bagi mamat berdua ni yang dah mabuk laut melepakkan dirinya..

Tangkapanku yang pertama, kerapu pisang…(boleh masuk diari ni)

Tangkapan aku seterusnya..Ikan merah ni aku naikkan selepas 5 minit bergelut menggunakan umpan kepala sotong..

Tengah bergelut untuk naikkan ikan, skil ni tak semua orang boleh buat..balancing, determination dan enthusiasm is compulsory. (Baju aku di sponsor oleh Zaidi Tajuddin KKS-UPM sempena Tree Planting Ceremony)

Ikan 0h ikan yang menjadi rezeki kami..

Selepas puas memancing untuk hari pertama, kami pergi check in di Perhentian Coral Resort untuk snokerling sebelum aktiviti malam iaitu candat sotong..

Gaya macho seorang gomen yang dalam perhentian (baca:perhatian)

Tiga sekawan: ayam hutan, ayam lumba, ayam serama (tak caya tengok baju)..

Aktiviti mencandat sotong di malam hari..naik dekat 50 kilo..(bukan sotong, tapi darah yang naik sebab ramai yang tido & mabuk laut daripada yangberjaga..)


Hari ketiga (26 April 2009 Ahad)

Kami mulakan hari terakhir kami dengan breakfast nasi minyak ngan kari ayam..dan terus naik bot sambil memancing buat kali terakhir on the way balik ke jeti besut, ini kerana aktiviti petang kami adalah pergi menembak burung dan ayam hutan di Kampung Kayu Kelat..

Keindahan sawah padi yang menguning di Kampung Kayu Kelat, tempat kelahiran En.Bad..

En Bad tertembak kaki Dous (berbaju polo).. Dous sorang lagi atas trak putih tu..

Jom memburu rindu..

cubaan menembak babi hutan

Pengalaman latihan menembak M-16 semasa latihan tentera di INTAN diaplikasikan sepenuhnya ke atas burung-burung dan ayam hutan di terengganu yang bernasib malang itu hari..Kami menembak sehingga kedengaran azan maghrib yang menggamit kami pulang sebelum ada yang tertembak kawan sendiri..


Kalau nak menembak, kasut timberland juga membantu meningkatkan 15% ketepatan menembak.


Bersama hasil tembakan tepat..


Kelongsong peluru tajaan SME Rimba Batu Arang..


Matahari terbenam di Kg. Kayu Kelat, Besut, Terengganu..

2 comments:

frH said...

arip .. kau terlupe sesuatu ..

selit pen di baju ketika memancing & menembak .. haha ;)

ف wildchild ۞ said...

hahaha..biar betul tahap ke'skema'an beliau..hahahah