post kali ini berkenaan dengan Aquaria, KLCC. Mungkin ada di antara pembaca blog senyap ini pernah pergi ke sini. berikut adalah catatan ringkas untuk trip kali ni:

tiket masuk = RM 28/dewasa
= RM 22/kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
= RM 18/ tua
memang ni adalah first time masuk ke Aquaria, KLCC ni. selepas bayar tiket masuk, di hadapan pintu masuk tu ada jurugambar yang akan ambil gambar kenangan (akan dicharge RM 10), tapi itu ikut kalian, tiada paksaan. selepas masuk dalam Aquaria, di bahagian DNA touch pool di mana kalian boleh pegang / rasa haiwan tersebut. antara yang dipamerkan pada waktu itu ialah bamboo shark, belangkas dan tapak sulaiman.
kemudian, kalian boleh rujuk map laluan di bawah ini:
jangkamasa perjalanan untuk pusing keseluruhan Aquaria ini memang tak sampai setengah jam pun, tapi kalau ambil feeling sikit serta menghayati pergerakan indah ikan-ikan ini, memang 3 jam perjalanan tidak akan terasa sangat. so ada lagi bahagian lain yang menarik untuk diperhatikan (program kemuncak) seperti feeding untuk living ocean di Aqua theatre, ada aqurium siput zaman dinosor serta lain-lain...cuma kebetulan kamera aku habis bateri. hahaha..ok..di jalan keluar Aquaria nanti, terdapat kedai barangan cenderamata yang sangat cool untuk di lawati.pelbagai barang cenderamata yang comel serta berpatutan patut anda miliki.
begitu la catatan bergambar untuk tatapan kalian semua. tunggu post kami mengenai trip ke Baling, Kedah, Sandakan, Sabah serta Bukit Fraser.
sebarang info pasal Aquaria KLCC--> klik sini
No comments:
Post a Comment