Friday, February 27, 2009

LARIAN SEORANG BINTANG

selepas beberapa hari done some practice - jogging as early as 5am, pastu balik siap-siap terus g keje pulak.
1st time joining such event. nak test power katanya.

day: sunday, 22/2/09
location: dataran merdeka

this is what im talking about


"ehh baru pukul 7 ke? awalnye kita sampai. i dah teruja dah ni"

"ok nama dah register. boleh masuk skang"


"peh tengok org lain stretching, mana boleh jadi ..."


"untuk larian 10km, MULA!!!"
.
.
.
selepas 50minit berlalu ...

"i practice 10km jln flat jek, ni smua bantai naik turun bukit 10km ... waaaa"


"give me 5 babe"


"finishing line .. yeahhh .. kaki dah melecet nih"


"pehh nombor bape aku dapat nih ... xpe, minum dulu"

"tahniah, awak nombor ke 250 daripada 900 org..."


"ni medal awak .. medal ni cuma dpt sampai nombor 300 jek taw. boleh gantung kat leher masa tidur mlm ni ..."


"dapat certificate beb. bleh gantung depan rumah"


"inilah coach aku merangkap tukang kejut pukul 5pagi, tukang buat breakfast, tukang bawak air, pompom girl & tukang amik gamba aku arini."

Thursday, February 19, 2009

BERAMAS MESRA DI DUNGUN

Seperti mana yang diceritakan oleh ibu mengandung..thehehe

sabtu (14/2/09) bertolak ke Dungun, Terengganu utk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan & mengambil kesempatan untuk tidur di sana semalaman.
bertolak dr rumah (Bangi) pada jam 5.30am. Subuh di masjid (selepas Genting Sempah) pada jam 6.30am. Breakfast di hentian Petronas selepas Genting Sempah (jgn harap aku nak mkn kat sana lg, mmg bersih & makanan byk - tp mahal gilos).

Perjalanan kl - karak - exit tol di Jabor.
jumlah tol dr kl (gombak) = rm3 + rm5 + rm21.
lepas exit tol memang jalan tepi laut jek :)

tiba di Dungun pada jam 11.30am. terus kene keropok lekor di tepi laut. chare.

original keropok lekor (rm1/5pcs) & ikan kembung goreng tepung (rm1/pc)


jam 1pm terus ke rumah pengantin. melepak di rumah pengantin sehingga 3.30pm sebelum ke hotel utk check-in.

kawan-kawan di kenduri Yazid


check-in di Damai Pantai hotel (utk backpackers). rm60/night, complete with air-cond & water heater. bilik pon bersih.


backpackers hotel & view dr depan hotel




mengusya pantai & tempat mandi




view pantai Dungun, Terengganu




bersuka ria (credit to Wan pae)


beramas mesra ketika sunset


jom pulang ...


pulang ke hotel & makan malam di bandar Terengganu. (lupe nak amik gamba ...)
esoknya selepas subuh, Hafdzuan berjogging di tepi pantai sepanjang 5kmx2laps sebelum ke Pasar Besar Dungun utk berjalan-jalan & sarapan pagi.



breakfast nasi dagang (rm 1.50/plate)

ke pantai lg sebelum pulang ke KL.

pantai lg




Hafdzuan menuju ke puncak bukit




view pantai dr atas bukit

Pulang ke kl jam 12.45pm, selepas pekena keropok lekor lg. singgah di Kuantan utk mkn thari (di kampung aku) sblm terus meneruskan perjalanan ke KL. tiba di KL jam 6.45pm.

Wednesday, February 4, 2009

AQUARIA, KLCC

salam..lama tak update tentang trip kami ni..buat masa sekarang ni, kebanyakan dari kami membuat trip bersama keluaga, rakan taulan dan juga trip sukan. anyway..ada lagi report trip pasal di Baling, Kedah dan juga di Bukit Fraser.

post kali ini berkenaan dengan Aquaria, KLCC. Mungkin ada di antara pembaca blog senyap ini pernah pergi ke sini. berikut adalah catatan ringkas untuk trip kali ni:



tiket masuk = RM 28/dewasa
= RM 22/kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
= RM 18/ tua

memang ni adalah first time masuk ke Aquaria, KLCC ni. selepas bayar tiket masuk, di hadapan pintu masuk tu ada jurugambar yang akan ambil gambar kenangan (akan dicharge RM 10), tapi itu ikut kalian, tiada paksaan. selepas masuk dalam Aquaria, di bahagian DNA touch pool di mana kalian boleh pegang / rasa haiwan tersebut. antara yang dipamerkan pada waktu itu ialah bamboo shark, belangkas dan tapak sulaiman.

bermain dengan belangkas

kemudian, kalian boleh rujuk map laluan di bawah ini:
berada di floor1: hunter & hunted dan evolution

crocodile hunter

red belly piranha. ganas. makanan licin dalam beberapa saat je. feeding time mereka pada jam 11.oo pagi hingga 3 petang.

di floor1: jewel of jungle. ada katak punggung serta lizard camouflage

ini di floor 1: deep forest. ada blind salamander. kini spesis ini tinggal 1000 ekor. asal di Mexico

juga di floor 1: deep forest. ini ialah pigmy marmoset. monyet size jenglot.



di floor 2: amazon flooded forest. ikan dalam aquarium ni bersaiz gigantik. yang tengok ni pun bersaiz 30% dari saiz sebenar.

di floor 2: amazon flooded forest.ikan gigantik yang ini bermanja. feeding time pada jam 2.00 petang (isnin, rabu dan sabtu)

di floor 2: malaysian rainforest

di floor 2: oceanarium.

di floor 2: the living ocean. ada sand tiger shark. time ni jerung tu tunjuk gigi dia arr

floor 2: licing ocean + ship wreck

floor 2: oceanarium

jangkamasa perjalanan untuk pusing keseluruhan Aquaria ini memang tak sampai setengah jam pun, tapi kalau ambil feeling sikit serta menghayati pergerakan indah ikan-ikan ini, memang 3 jam perjalanan tidak akan terasa sangat. so ada lagi bahagian lain yang menarik untuk diperhatikan (program kemuncak) seperti feeding untuk living ocean di Aqua theatre, ada aqurium siput zaman dinosor serta lain-lain...cuma kebetulan kamera aku habis bateri. hahaha..ok..di jalan keluar Aquaria nanti, terdapat kedai barangan cenderamata yang sangat cool untuk di lawati.pelbagai barang cenderamata yang comel serta berpatutan patut anda miliki.

begitu la catatan bergambar untuk tatapan kalian semua. tunggu post kami mengenai trip ke Baling, Kedah, Sandakan, Sabah serta Bukit Fraser.

sebarang info pasal Aquaria KLCC--> klik sini