Tuesday, November 11, 2008

ROADTRIP ONAR BERSAMA SINDROM.FOTO.FREAK

nantikan kemunculan mereka berpakaian ala-ala teletubies di kawasan kejiranan anda!!

Sebuah kisah cinta dan roadtrip onar yang melibatkan krew Sindrom.Foto.Freak (klik bahagian geng jahat untuk info) dan sekumpulan lelaki kurang rupawan yang terdiri daripada kawan-kawan skate yang kebanyakkannya dari Serdang. Dengan menggunakan format dokumentari dengan sedikit adunan "king of the road" (bagi yang familiar dengan Thrasher magazine, kalau tak tau sila google) dan juga adunan CKY (google juga-lah). Aku akan bertindak sebagai videographer, si perakam tingkahlaku sekumpulan lelaki kurang rupawan untuk dimuatkan dalam format skatumentary cd/dvd. Motif tour antara lain pergi mana-mana negeri dalam Malaysia ni, contect skateboarders, find a spot, snap beberapa foto dan footage video dan balik.Masa yang diambil, 3 hari biasanya hujung minggu (jumaat-ahad) atau rasa dah bosan, baliklah.Kiranya kalau dapat cover banyak tempat, banyaklah foto-foto skateboarding dan video tu.Spot-spot yang rare digalakkan.Aksi-aksi CKY adalah wajib bagi semua yang bakal ikut serta tour sampah ini. berminat?

*satu lagi pesanan khidmat masyarakat dari Kelab Kembara Serdang

more info di sini

No comments: