Wednesday, September 24, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA KKS

September 2008, kami merancang untuk berbuka puasa di rumah pengantin baru - Wan & Farah- di iteration mereka di Bukit Mahkota. Perjalanan bermula pada jam 6.00 petang. Setelah sampai, masing2 memainkan peranan. Kaum Hawa menyediakan apa-apa yang patut, manakala kami pula menjengah bazar ramadhan di Bandar Seri Putra. Jam 7.15 petang, acara berbuka berlangsung. Syukur majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Makanan pun banyak sungguh varietynya... sampai tak tau nak makan mana dulu..hehehe..mungkin ni nikmat & berkat berbuka posa bersama-sama warga KKS semua, kenyang makan & minum juadah yang dibawa bersama.

Terima kasih memeriahkan suasana, seramai tidak sampai 10 orang yang hadir tak termasuk anak2 kecil yang belum lahir. Sempat juga kita solat berjemaah di ruang yang kukup, paling lama makan berjemaah. Alhamdulillah melimpah ruah rezeki kita ye' pelbagai jenis juadah yang disediakan atau dibeli di bazar ramadhan.

Yang ringan tulang bantu di tempat membasuh. Senang majlis berjalan lancar walau pada mulanya agak bersesak di meja makan. Tuan rumah sediakan bekas kosong tup tup makanan bukan takat tak cukup bekas tapi tak cukup meja. perghhh. Acara selepas berbuka, kami bersama-sama menyambut kelahiran Wan yang ke-26 (sambut besday awal) dan melayan "DESTINASI BUDGET" di TV8. Acara diakhiri dengan bermain mercun yang diketuai oleh chef de mission-Wafi dan menapau makanan. Kita akan berjumpa lagi utk majlis hari raya KKS yang akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang bulan Syawal 2008 ini.

*gambar kali ini atas ihsan dari Farah -wan..kamera aku bak kata wan "..ko buang je la kamera DSLR ko tu.." selepas aku mengenalpasti kamera kehabisan bateri..demmit

berikut adalah retetan yang dikacip sepenuhnya dari farah (bini wan) - berita selanjutnya di sini.

smlm, ahli KKS (Kelab Kembara Serdang) telah mengadakan majlis berbuka puasa di rumah aku. aku telah menyediakan nasik, ayam percik, ulam-ulaman dgn sambal belacan, wife zaidi bawak macaroni cheese, & ahli-ahli KKS yg lain bawak buah mangga, honeydew, pisang, ikan pari bakar, samosa & roti john. byk sungguh makanan mlm td.

attendance: hafdzuan, farah, zaidi, aimi, wafi, nizam nuri, farrah, arif gomen, jasmin, kadir.

ni dah balance makanan dah ..


xtau laa farrah (teman niznur) tgh buat apa tu .. wafi tertekan sbb lapa ..


sementara menunggu waktu berbuka, arif gomen yg lapa jugak .. zaidi & aimi yg berposing menggunakan kamera aku tanpa kebenaran.


selepas berbuka, min & zaidi mengusya mercun yg wafi bawak ..


melepak & berbual selepas berbuka


menonton destinasi budget di ch8

selepas menonton destinasi budget, surprise birthday cake utk hafdzuan yg menyambut kelahiran yg ke 26 .. diplan dgn jayanya oleh aku & kawan2 KKS.


hafdzuan yg mengontrol emosi terkejutnya



membuat wish di dlm hati


pertama kali menyambut birthday sbg suami-isteri

selepas aksi suap-menyuap & memakan kek, operasi mercun oleh Wafi bermula. mencari port yg gelap & jauh dpd kawasan perumahan utk membakar mercun.


Wafi sedang memacak base mercun dgn bantuan ahli KKS.(ada mamat surau pun turut serta skali dalam aktiviti ini..hahahah)


aimi (isteri zaidi) terlebih dahulu menyelamatkan diri & kandungannya.


bersedia utk membakar mercun

2 comments:

frH said...

laju betul kau kacip eh .. baru 10minit lepas aku post. haha.

zaidi said...

hahaha..biar pantas..