Monday, May 19, 2008

Abseiling @ Sg Pisang Waterfall


Kali ini KKS melakukan aktiviti abseiling di Sg Pisang pada 11 mei yang lalu. Aktiviti ini tidak memerlukan modal yang besar, dan kami hanya menggunakan tidak lebih RM20 seorang.

Trip kali ini di sertai oleh Arip, Cham, Qadier, Wafi, Nizo & aweknya , kawan-kawan arip dari UiTM iaitu Othman, Amin, Faizal & Nurul, serta, dikendalikan oleh warga geng paya jaras Moque, Rinto, Amad & Zali.

Ada 2 cara untuk ke Sg Pisang.

1) Berhenti di tepi Highway Karak (tak tau kilometer berapa tp di google earth, cuba kelokasi 3° 18'38.00" N , 101° 44'00.00" E) dan trekking selama lebih kurang 15 minit

atau

2) Gunakan jalan lama KL - Bentung, tidak jauh dari Hospital orang asli gombak, masuk jalan kecil di sebelah kiri. Terdapat beberapa pengusaha chalet di jalan itu. Susuri jalan tersebut sampai ke hujung. Selepas itu, trekking menyusuri sungai sampai berdekatan highway. Anda boleh memilih untik menggunakan terowong air di bawah highway dan terus menyusuri sungai tersebut sehingga air terjun atau pun melintas highway (lebih cepat sampai tapi bahaya). Perjalanan ini mengambil masa dalam 30 minit trekking.




Setibanya di lokasi abseiling terdapat satu lagi kumpulan yg sedang melakukan aktiviti tersebut. Kami terpaksa menunggu kumpulan tersebut siap terlebih dahulu. Sementara menunggu, kami melakukan aktiviti2 selingan.





aktiviti selingan, rock climbing?

Bila tiba giliran kami dalam jam 2pm, Moque and the geng set-up semua peralatan. Aktiviti ini memang menyeronokkan, lebih2 lagi bagi first-timer seperti kebanyakan kami. Kami selesai jam 5pm. Walaubagaimanapun Nizo dan gadisnya tak sempat untuk melakukan aktiviti tersebut kerana perlu menghadiri satu majlis lain.





Gambar2 ehsan dari kamera phone sony ericsson Cham dan Nurul. Juruphoto rasmi yang sengal terlupa nak bawak bateri kamera. Juruphoto sengal itu juga amat malang kerana mendapat gatal2 setelah pulang hari itu dari punca yang tidak diketahui.


Untuk mencuba aktiviti ini, sila hubungi:

Moque: 012 2588259
atau
Jem: 016 3277571

Harga boleh dirunding.

3 comments:

:: CasaBLanca :: said...

tima kaseh geng..smpi ketemu lagi..smoga kelab korg success dlm pencarian..

zarina said...

Hye there.nak tnya,korg ada hire guide utk wat abseiling ni x?may i know how much it cost?

nurbahtiah jamal said...

mcm mane dgn peralatan n bajet keseluruhan program ye?