seperti yang diceritakan semula oleh
nizo sepanjang pengembaraan beliau dengan team KKS. dipersilakan:
kalo dua minggu lepas
cikgu sastera a.k.a qasieh ke pd untuk bercanda di pesisiran pantai , aku bersama
kelab kembara serdang ke sungai pisang untuk melakukan aktiviti liar didalam air.
macam biasa, setiap aktiviti
kelab kembara serdang akan dimulakan dengan melepak di molan.... owh ini perkara wajib
kelab kembara serdang, supaya semua ahli persatuan mendapat zat kutuk-mengutuk sesama sendiri dengan mencukupi..... kalo tak lepak, kesemua ahli persatuan akan kelihatan separa sengal untuk melakukan aktiviti seterusnya
perjalanan bermula bila zat-zat yang diperlukan telah mencukupi, dan dah terlajak daripada masa yang ditetapkan untuk bertolak
lewat?..... perkara wajib
kelab kembara serdang ...... biasakan diri anda dengan kelewatan sekiranya ingin menjadi ahli kelab ini.....
macam mana nak ke sungai pisang?tahu jalan nak ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa)?..... tak?... sila google untuk jalan kesana.... aku tak tahu nak terangkan macam mana........ tak pun sila tanya
asparagusa... setan terencat tu bekas student UIA....
kalo tahu ,tahu trafic light pertama selepas korang lalu plaza tol gombak?.... kalo ke kanan korang akan pegi UIA, amik simpang kekiri..... lepas tu terus je, jangan konar mana atau pun main sembunyi-sembunyi sampai korang jumpa satu lagi trafic light.....
kat traffic light tu amik kanan dan korang terus sampai jumpa signboard macam kat atas tu..... signboard tu kat belah kiri korang dan menghadap jalan yg bertentangan korang..... tak menghadap korang ye!..... masuk ke kiri kat simpang signboard tu..... lepas tu terus sampai abis jalan.... parking keter korang......
lepas parking keter, korang bleh start trekking untuk sampai ke lokasi..... jangan risau untuk sesat, pasal dah ada track yg boleh korang follow.... sebelum jumpa track tu, korang kena redah sungai jap.... redah ke arah rumah yang macam rumah kunci pintu air, lepas tu korang akan nampak track.....follow je track tersebut.....
trekking tersebut mengambil masa 15-30 minit sahaja.... bergantung atas nafsu kuda korang... kalo nafsu kuda tu kuat, cepat la klimaks... (nota kaki yang penat trekking; si Q mengambil masa 3 seconds, ninu tak sampai 3 seconds)
trekking sampai jumpa terowong air macam gambar kat bawah ni.... lepak jap... amik gambar... hu ha hu ha.....
daripada tunnel ni, korang ada dua pilihan:
1- ikut dalam tunnel ni untuk sampai ke lokasi kejadian, menurut
penduduk tetap kawasan tersebut, possibility nak kena keja ngan babi hutan adalah sangat tinggi dan memakan masa yang lama untuk sampai ke lokasi kejadian....
2-panjat tebing macam gambar kat bawah dan ready untuk mencabar aderenalin korang.... tu pun kalo berani la.... kalo telo tak gantung, sila ikut tunnel ye!
lepas panjat tebing tunnel tu, korang akan jumpa longkang besar.... jalan ikut longkang tu sampai abis.... panjat longkat tu, korang akan menghadap highway.....
ready untuk cabaran aderenalin sebenarnya.....
yeayyyyy........ lintas itu highway....
sekiranya korang selamat melintas highway tu... teruskan perjalanan mengikut arus lalu lintas.... kalo korang perasan, ada signboard kaler kuning yang tertulis "kenderaan berat ikut kiri"...... sebelum signboard tu korang akan perasan longkang kecik.... seberang longkang tu ada track yang seterusnya.....
ikut track tu sampai korang jumpa air terjun......
kalo nafsu kuda korang bleh gi untuk second round, bleh la start terjun ke dalam air..... kalo tak larat bleh la lepak-lepak...
dah lepak-lepak isap rokok, dah ada tenaga untuk second round, bleh la mandi-manda dengan senang hati......
untuk aktiviti seterusnya, iaitu abseiling, sila rujuk blog
kelab kembara serdang... pasal aku dah balik ke pangkal jalan.... ada menda lain yang kena buat..... acara abseiling bermula sangat lambat pasal ada group lain yang tegah buat masa kita orang sampai....
gambar semua pakai kamera cinta hati aku.... terima kasih bebanyak ye.....
tukang amik gambar rasmi untuk kelab kembara serdang tak amik gambar walaupun bawak kamera.... ini disebabkan beliau makan sebalang semut goreng pada malam sebelumnya..... apa da battery kamera boleh tinggal lak....