
Thursday, March 10, 2011
Thursday, March 3, 2011
JOINT VENTURE TEAM KKS
keterlibatan team KKS, Arief Suparjo dalam joint venture kembara bersama team Kami Budak Kampung Crew. laporan penuh ada di sini
EKSPEDISI BERSAHAJA DI GUNUNG NUANG, SELANGOR
team KKS mengadakan ekspedisi bersahaja ke gunung nuang pada 11-12 disember 2010. ekspedisi dirancang pada pagi 11 disember 2010 dan mula bertolak dari serdang pada jam 3 petang pada tarikh yang sama.
bersiap-siap segala kelengkapan ekspedisi serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin serta tanpa syak wasangka.

p/s: ini bukan cerita sebenar. sekadar rekaan berdasarkan gambar. cerita sebenar akan kita ketahui sekiranya ahli KKS yang pergi ke gunung nuang tersebut akan mengubahsuai kandungan catatan ini.
Wednesday, March 2, 2011
JAMAK DI PULAU PANGKOR
budget 1 keluarga:MYR 600.00 (2 hari 1 malam)
- minyak kereta = MYR 80.00 (pergi -balik)
- tol dari Serdang- Lumut - Serdang = MYR 50.00 (pergi balik)
- feri=RM 30.00 seorang (pergi-balik)
- penginapan = MYR 120.00/semalam (harga 'up' pasal weekend + perayaan) - harga asal RM 80.00/semalam
- makan = MYR 100.00 (ni pun dah mewah gila ni)
- aktiviti riadah = MYR 50.00 (seperti kayak/ island hopping)
kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi, namun macam biasa ada juga yang datang jam 9.00 pagi. kami bersarapan dan berbincang route yang sesuai untuk kembara jamak kami.
selesai sarapan, kami memulakan perjalanan ke lumut dengan mengikuti jalan Kuala Selangor. perjalanan dijangka mengambil masa 3 jam dari serdang ke lumut dengan mengikuti jalan dalam ni. ketika kami singgah makan, kami menerima panggilan dari orang kuat KKS, saudara wafi. beliau memaklumkan mengalami kecelakaan jalan raya dan kenderaan beliau (triton lite) mengalami kerosakan yang kritikal hingga menyebabkan beliau membatalkan hasrat untuk kembara jamak bersama kami. Gambar kecelakaan jalan raya tu akan dimasukkan kemudian. kami menyatakan hasrat untuk kembali menjenguk beliau, namun beliau kemudian memaklumkan kami agar meneruskan perjalanan (jarak dari tempat makan ke lumut - 30 minit, jarak dari tempat makan ke kawasan kejadian - 2 jam)
suasana di dalam kokpit, di bahagian terbuka feri serta pemandangan sepanjang perjalanan kami dengan feri. Men'shuffle', melayan permandangan, melayan sepoi2 angin, menghisap rokok, minum air mineral, ambil gambar adalah merupakan aktiviti utama ketika berada dalam feri ni. jarak perjalanan ambil masa 45 minit dari jeti lumut ke pulau pangkor.
sampai ke pulau pangkor, kami berehat sambil menunggu teammate yang masih ketinggalan di feri belakang. kemudian kami menaiki van pink ni menuju ke tempat penginapan kami di Uptown Beach Resort, di pantai pasir bogak.
Di Uptown Beach Resort ni di fahamkan baru saja diambil alih, namun kami dukacita kerana perkhidmatan tidak setimpal dengan 'charge' yang dikenakan. Kami tiada pilihan kerana tempat penginapan lain sekitar Pangkor telah full booking (ramai datang pasal cuti krismas).
Di Uptown Beach Resort ni di fahamkan baru saja diambil alih, namun kami dukacita kerana perkhidmatan tidak setimpal dengan 'charge' yang dikenakan. Kami tiada pilihan kerana tempat penginapan lain sekitar Pangkor telah full booking (ramai datang pasal cuti krismas).
kemudian kami menemui abang random (muka macam wafi) untuk booking bot bagi aktiviti island hopping/snorkeling pada petang itu. dah settle waktu serta bayaran juga telah dibuat, maka kami berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti yang dijangka dilakukan pada jam 4.30 petang.
seingat kami ceritanya begini (ikut flow anak panah dalam gambar), Al-kisah putera raja random datang nak jumpa puteri bunian. beliau datang nak penyu gergasi. penyu tu parking kejap di tepi pulau sambil putera raja masuk hutan jumpa puteri bunian tu (gambar 1: pulau yang ada objek bentuk penyu). Setelah mencari2 puteri bunian di sekitar pulau tersebut, namun tak jumpa. akibat frust, putera raja pun baring di tepian pantai hingga tertidur. Namun beliau tidak sedar ada seekor buaya gergasi yang sedang lapar tengah memerhati beliau tidur. Akibat kealpaan beliau, buaya tadi membaham putera raja hingga tinggal kaki je (gambar 2: pulau yang ada objek menyerupai kaki manusia). Setelah kenyang, buaya gergasi berjemur di pulau sebelah(gambar 3: pulau yang ada objek kepala buaya). Akibat putera raja menghilangkan diri terlalu lama, raja mengarahkan seekor paus datang membuang tinjauan. Jalan punya jalan, akhirnya paus tadi jumpa mayat putera raja (gambar 4: pulau yang ada objek kepala paus). kenapa jadi batu, pasal kena sumpah dengan puteri bunian random tadi --> ini menurut cerita abang random tadi. Ada cerita pasal ular tedung, namun bayaran kami hanya sampai cerita paus tadi. the end.
25 disember 2010
jam 8.00 pagi, kami bersarapan sebelum mengorak kembara dengan melawat tempat menarik sekitar pulau pangkor.
jam 8.00 pagi, kami bersarapan sebelum mengorak kembara dengan melawat tempat menarik sekitar pulau pangkor.
singgah di pusat pemprosesan hasilan laut. Ahli KKS bangga dengan pembelian pemprosesan hasil laut yang sangat fresh itu. selama ini beliau hanya memperolehi dari kedai mamak sahaja.
aktiviti laut kami setelah tamat siar ria kami melawat kawasan menarik di pulau pangkor.
26 Disember 2010
pagi selepas sarapan, kami bersiap2 untuk pulang. bertolak dari lumut jam 3 petang (setelah selesai makan tengahhari) dan sampai di Serdang pada jam 6.30 petang. Mana yang rider tu lagi awal la. Berikut adalah gambar aktiviti kami dalam perjalanan balik ke jeti lumut.
pagi selepas sarapan, kami bersiap2 untuk pulang. bertolak dari lumut jam 3 petang (setelah selesai makan tengahhari) dan sampai di Serdang pada jam 6.30 petang. Mana yang rider tu lagi awal la. Berikut adalah gambar aktiviti kami dalam perjalanan balik ke jeti lumut.
Subscribe to:
Posts (Atom)