
Aktiviti kali ini merupan BBQ di Broga Hills. Terletak di kawasan Semenyih, perjalanan dari Serdang mengambil masa hampir 2 jam, termasuk lepak kedai mamak kat kajang yang lambat mengambil order.

Pendakian kami bermula dalam jam 4a.m dan telah berjaya ditawan broga  hampir 5a.m. Setelah tiba ke puncak ke 2 broga, usaha penyalaan bbq  bermula dan  angin kencang di atas bukit tambahan pula ketiadaan fire  starter menyukarkan keadaan. Sempat lagi menikmati pemandangan langit dipenuhi bintang2 dan tahinya. (penggunaan 
app star walk sememangnya best)

Pemasakan ayam oleh 
Alin  begitu marvelous setelah subuh. Aroma ayam panggang memenuhi ruang  udara Broga Hill menyebabkan pastinya menyebabkan perut mereka  merembeskan asid setelah penat mendaki. Maaf kepada sesiapa yang ingin  menghirup udara segar tetapi hanya dapat menghidu bau ayam panggang yang  lazat.

Keadaan alam sekitar yang bersih dan cantik sememangya menenangkan jiwa  tanpa iringan lagu2 lady gaga.

Ramai yang menjadikan aktiviti memanjat Broga hill ini di pagi hari  menyebabkan suasana di sini bagaikan Hari Keluarga.

Lebih masyuk lagi jika daun terup dibawa.

Perjalanan turun memang singkat... dan bayaran parking sebanyak RM2 dikenakan.
Mandi manda di tekala merupakan aktiviti yang lazim dilakukan setelah selesai sesi pendakian.
Maaf kepada kawan2 yang tidak diajak kerana aktiviti ini merupakan aktiviti last minit