team KKS kali ini membuat trip di Port Dickson, N9 bagi mengisi kalendar penghujung Disember 2009. trip ini bermula pada 31 Disember 2009 hingga 1 Januari 2010. seramai 20 orang yang terlibat di dalam trip ini, membabitkan keluarga dan ahli baru team KKS. trip ini bertemakan BBQ-New Year sebab kami buat bakar-bakar ayam sempena nak menyambut tahun baru 2010. berikut adalah catatan ringkas mengenai aktiviti kami di PD:
31 Disember 2009
pada jam 1 petang, team KKS bergerak mengikut masa dan haluan masing-masing sebelum bertemu di rumah banglo yang telah kami sewa sebelum ini di Batu 9, Teluk Kemang, PD. maklumat lanjut rumah yang kami sewa tu, boleh klik di sini.
pada jam 4 petang, kesemua team KKS berkumpul di rumah banglo tersebut dan aktiviti bebas bermula. kaum hawa KKS mula menyediakan makanan dan bahan-bahan BBQ untuk program BBQ pada malam nanti, manakala kaum adam KKS mula mandi di persisiran pantai. lagaknya seperti tidak jumpa air selama seminggu. kawasan persisiran pantai dari rumah tidak jauh, hanya 2 minit perjalanan. apa yang menarik disini ialah kawasan persisiran pantai PD kini semakin bersih. syabas diucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab yang menjaga pantai ini. aktiviti selain mandi, kami juga bermain basikal, menaiki bot malah cubaan untuk menjadi lifeguard. ohya, planning nak main tanam-tanam, bina castle pasir @ membentuk duyung jantan tidak kesampaian kerana terlalu seronok mandi di laut.
jam 6 petang, kami naik ke darat dan kembali ke rumah untuk sesi menyalakan api BBQ. aktviti BBQ bermula selepas solat maghrib. malam itu juadah yang disediakan amat simple dan best. aktiviti malam itu, kami makan-makan, jamming dengan PS3, persembahan akustik, monolog bersama shisha, membetulkan paip air, mencari pusat, sesi gosip-gosip, sesi mengambil gambar candid hingga tiba ambang tahun 2010.
jam 11.58 malam, kami bersama-sama countdown untuk sambut tahun baru diiringi oleh lagu akustik "dan mungkin bila nanti". kelihatan letusan bunga api mula memenuhi di ruang udara kawasan rumah sewa kami tepat jam 12 tgh malam. kami juga membakar 10 mercun telor naga sebagai simbolik sambutan tahun baharu 2010 dan flare sebagai tujuan membakar line jiran rumah sewa kami yang kebetulan membakar mercun juga. setelah tamat, kami menyambung aktiviti yang dilakukan sebelum jam 11.58 malam tadi, malah ada diantara kami mula masuk tido.
jam 12.3o malam, ada antara kami keluar minum di kedai mamak dan bersama berkongsi masalah negara, kes kena propaganda mat saleh, bidang usaha, kes ke dubai dan free mason hingga jam 4 pagi. kemudian, kami sambung jamming PS3 hingga jam 7 pagi.
1 Januari 2010
seawal jam 7 pagi, ada antara kami yang bangun dari tido dan terus mandi ke laut dan ade juga yang sambung tido hingga jam 1 petang. kami bersarapan dengan makanan lebihan malam tadi dan selepas bersarapan kami turun ke laut.
aktiviti kali ini, selain mandi laut, main pasir, tengok chicks, tengok abang tough, kami melakukan aktiviti menaiki banana boat. terima kasih kepada cik ayai kerana membelanja kami menaiki banana boat tersebut. aktiviti di laut ini tamat pada jam 1 petang kerana kami kena checkout jam 3 petang.
balik ke rumah sewa, kami sambung makan-makan sebelum membersihkan diri. jam 2.30 petang, kami siap packing barang dan kami kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran mamat random yang menjual aiskrim.
kami memborong kesemua aiskrim beliau dan beliau berlalu pergi dengan hati yang riang. sebelum balik, sesi mengambil gambar team KKS di rumah sewa kami sebagai tanda kenang-kenangan.