Thursday, June 15, 2017

KELAB KEMBARA SERDANG RE ACTIVATED





Salam,

Banyak aktiviti telah dijalankan oleh ahli KKS namun tidak dapat diletakkan disini. Namun, pihak admin akan berusaha untuk mengemaskini isi blog ini untuk manfaat semua pembaca terutamanya peminat outdoor di Malaysia.

Kami tidak menggelar diri kami pakar tapi kami akan cuba berkongsi maklumat yang bermanfaat disamping menggunakan gaya penceritaan yang menarik dan ringkas untuk rujukan dan makluman pembaca semua.

Stay tuned dan salam ramadhan.

Admin Pulse


Monday, August 27, 2012

SALAM LEBARAN DARI KAMI

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari raya Qurban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Islam. Di Malaysia anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

 ayat diatas memang dikacip sepenuhnya tanpa rasa tanggungjawab dari sini

 berikut adalah ucapan ringkas ahli KKS sempena aidilfitri ini:

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripado Zaidi sekeluargo

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau &senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah 
daripada Hafdzuan sekeluarga

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 
dari Arief Supar sekeluarga

Jinak2 burung merpati,
jinak lagi burung sendiri,
Burung merpati di pegang lari,
burung sendiri di pegang berdiri,
Selamat menyambut Aidil Fitri 
ikhlas dari Abdul Qadir Abas

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya.
Maaf zahir dan batin
dari Arif Go sekeluarga
Tegak batang berdiri keras,
hangat membara dapat dirasakan,
arghhh memancut keluar cecair putih,
aku menjerit... mak, lemang dah masak 
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
ikhlas dari Ped 

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan dihulurkan maaf dipinta
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN
dari Jasmin sekeluarga
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN
dari Wafi sekeluarga

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 ikhlas dari Jeremy (Baka)
aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN
daripada Syed sekeluarga

 
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
daripada Nizo sekeluarga

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
ikhlas dari Pacak sekeluarga

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari Ninu sekeluarga

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran kami ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada Alin dan Alina

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H

 gambar kredit: Oat Halim
Assalammualaikum w.b.t

Sempena menyambut Aidil Fitri ini, team KKS menyusun sepuluh jari untuk memohon
ampun dan maaf di atas keterlanjuran tingkah laku dan terkasar bahasa
sepanjang kami bergaul dan berurusan kerja dengan tuan-tuan dan puan-puan
sekalian (cik juga).

Semoga Ramadhan yang akan berlalu beberapa hari lagi ini mampu merubah
hidup kita ke arah yang lebih baik dan semoga amalan kita diterima oleh
Allah S.W.T.

Didoakan semoga perjalanan kita selamat sampai pergi dan balik ke kampung
halaman masing-masing.

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung setia blog KKS"

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H

salam Ramadhan kepada semua.
selamat mengerjakan ibadah puasa.
mohon maaf segala salah dan silap.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan diberkati Allah S.W.T.
dari kami:
Kelab Kembara Serdang

Wednesday, July 18, 2012

MASIH DI RANKING


Tahniah. blog KKS masih  lagi 'up' dalam search Google Malaysia 
Hanya dengan menaip "Kelab Kembara"
walaupun sudah lama tidak posting aktiviti terbaru di blog KKS. Kurang sponsor barangkali.
Terima kasih di atas sokongan anda (team KKS & pembaca senyap blog KKS)!!

Sunday, January 22, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Sempena tahun naga yang berbahagia ini team Kelab Kembara Serdang ingin sekali mengucap:

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012

kepada blogger dan pembaca senyap yang berbangsa cina.


Gong Xi Fa Chai

Tuesday, January 17, 2012

AKAN UPDATE - COMING SOON


blog KKS sudah lama bersawang.
akan kembali tidak lama lagi.

Saturday, July 30, 2011

TERAPI JIWA, MINDA DAN FIZIKAL


salam Ramadhan kepada semua.
selamat mengerjakan ibadah puasa.
mohon maaf segala salah dan silap.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan diberkati Allah S.W.T.
dari kami:

Kelab Kembara Serdang

Thursday, March 10, 2011

UP LAGI




Tahniah. blog KKS up lagi dalam search Google Malaysia.


Hanya dengan menaip "Kelab Kembara"


Terima kasih di atas sokongan anda (team KKS & pembaca senyap blog KKS)!!

Thursday, March 3, 2011

JOINT VENTURE TEAM KKS

keterlibatan team KKS, Arief Suparjo dalam joint venture kembara bersama team Kami Budak Kampung Crew. laporan penuh ada di sini

EKSPEDISI BERSAHAJA DI GUNUNG NUANG, SELANGOR

team KKS mengadakan ekspedisi bersahaja ke gunung nuang pada 11-12 disember 2010. ekspedisi dirancang pada pagi 11 disember 2010 dan mula bertolak dari serdang pada jam 3 petang pada tarikh yang sama.


bersiap-siap segala kelengkapan ekspedisi serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin serta tanpa syak wasangka.

pergerakkan semakin perlahan sejajar dengan bentuk muka bumi yang mencabar sebahagian ahli KKS yang jarang2 melaksanakan aktiviti lasak. kemudian rehat sebentar di pit stop yang pertama.

perjalanan diteruskan hingga tiba di tapak perkhemahan pada malam hari. kami setting khemah dan mula sedia makan malam kami.

dinner kami pada malam itu.

pagi 12 disember 2010, kami bangun pagi dan bersarapan. hanya sebahagian yang meneruskan perjalanan ke puncak gunung nuang. manakala yang lain menjadi 'tok batin' di tapak perkhemahan.

kami di puncak gunung nuang.

ada beberapa kem yang akan anda temui seperti kem lolo, kem pacat sepanjang perjalanan ke puncak nuang. hanya sebahagian yang berjaya menawan puncak nuang setinggi 4898 kaki dari aras laut itu.

selesai menawan puncak, maka perlu kembali ke basecamp untuk kemas barangan serta sampah2. petang itu, kami mula turun hingga tiba di pintu masuk pada jam 5 petang.

p/s: ini bukan cerita sebenar. sekadar rekaan berdasarkan gambar. cerita sebenar akan kita ketahui sekiranya ahli KKS yang pergi ke gunung nuang tersebut akan mengubahsuai kandungan catatan ini.

Wednesday, March 2, 2011

JAMAK DI PULAU PANGKOR

KKS pada trip akhir 2010 ini merancang untuk jamak ke Pulau Pangkor. kami kemudian bersetuju untuk memulakan kembara jamak pada 24 Disember hingga 26 Disember memandangkan tarikh tersebut sesuai untuk di'combo'kan cuti hingga akhir tahun 2010. Tanpa membuang masa, berikut adalah catatan serba ringkas mengenai kembara jamak kami.

budget 1 keluarga:MYR 600.00 (2 hari 1 malam)
  1. minyak kereta = MYR 80.00 (pergi -balik)
  2. tol dari Serdang- Lumut - Serdang = MYR 50.00 (pergi balik)
  3. feri=RM 30.00 seorang (pergi-balik)
  4. penginapan = MYR 120.00/semalam (harga 'up' pasal weekend + perayaan) - harga asal RM 80.00/semalam
  5. makan = MYR 100.00 (ni pun dah mewah gila ni)
  6. aktiviti riadah = MYR 50.00 (seperti kayak/ island hopping)
24 Disember 2010

kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi, namun macam biasa ada juga yang datang jam 9.00 pagi. kami bersarapan dan berbincang route yang sesuai untuk kembara jamak kami.


selesai sarapan, kami memulakan perjalanan ke lumut dengan mengikuti jalan Kuala Selangor. perjalanan dijangka mengambil masa 3 jam dari serdang ke lumut dengan mengikuti jalan dalam ni. ketika kami singgah makan, kami menerima panggilan dari orang kuat KKS, saudara wafi. beliau memaklumkan mengalami kecelakaan jalan raya dan kenderaan beliau (triton lite) mengalami kerosakan yang kritikal hingga menyebabkan beliau membatalkan hasrat untuk kembara jamak bersama kami. Gambar kecelakaan jalan raya tu akan dimasukkan kemudian. kami menyatakan hasrat untuk kembali menjenguk beliau, namun beliau kemudian memaklumkan kami agar meneruskan perjalanan (jarak dari tempat makan ke lumut - 30 minit, jarak dari tempat makan ke kawasan kejadian - 2 jam)

sampai di lumut jam 1.30 petang. selesai parking dan bayar tiket parking, kami menuju ke tiket kaunter feri untuk pembelian tiket. cuaca agak baik pada ketika ini.

barisan menunggu feri agak panjang pada ketika itu, namun atas kecekapan pengurusan feri, maka kami dapat menaiki feri dengan langkah yang lancar dan bergaya.



suasana di dalam kokpit, di bahagian terbuka feri serta pemandangan sepanjang perjalanan kami dengan feri. Men'shuffle', melayan permandangan, melayan sepoi2 angin, menghisap rokok, minum air mineral, ambil gambar adalah merupakan aktiviti utama ketika berada dalam feri ni. jarak perjalanan ambil masa 45 minit dari jeti lumut ke pulau pangkor.


sampai ke pulau pangkor, kami berehat sambil menunggu teammate yang masih ketinggalan di feri belakang. kemudian kami menaiki van pink ni menuju ke tempat penginapan kami di Uptown Beach Resort, di pantai pasir bogak.

Di Uptown Beach Resort ni di fahamkan baru saja diambil alih, namun kami dukacita kerana perkhidmatan tidak setimpal dengan 'charge' yang dikenakan. Kami tiada pilihan kerana tempat penginapan lain sekitar Pangkor telah full booking (ramai datang pasal cuti krismas).

kemudian kami menemui abang random (muka macam wafi) untuk booking bot bagi aktiviti island hopping/snorkeling pada petang itu. dah settle waktu serta bayaran juga telah dibuat, maka kami berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti yang dijangka dilakukan pada jam 4.30 petang.

jam 4.30 petang (cuaca masih cerah), abang random datang mengambil kami dengan penuh bergaya. kemudian beliau membawa kami (sekadar lalu sahaja) melihat pulau-pulau yang dikatakan mempunyai ceritanya tersendiri. cerita ini anda boleh dengar sendiri dari abang random. ada macam-macam versi. hahaha~

seingat kami ceritanya begini (ikut flow anak panah dalam gambar), Al-kisah putera raja random datang nak jumpa puteri bunian. beliau datang nak penyu gergasi. penyu tu parking kejap di tepi pulau sambil putera raja masuk hutan jumpa puteri bunian tu (gambar 1: pulau yang ada objek bentuk penyu). Setelah mencari2 puteri bunian di sekitar pulau tersebut, namun tak jumpa. akibat frust, putera raja pun baring di tepian pantai hingga tertidur. Namun beliau tidak sedar ada seekor buaya gergasi yang sedang lapar tengah memerhati beliau tidur. Akibat kealpaan beliau, buaya tadi membaham putera raja hingga tinggal kaki je (gambar 2: pulau yang ada objek menyerupai kaki manusia). Setelah kenyang, buaya gergasi berjemur di pulau sebelah(gambar 3: pulau yang ada objek kepala buaya). Akibat putera raja menghilangkan diri terlalu lama, raja mengarahkan seekor paus datang membuang tinjauan. Jalan punya jalan, akhirnya paus tadi jumpa mayat putera raja (gambar 4: pulau yang ada objek kepala paus). kenapa jadi batu, pasal kena sumpah dengan puteri bunian random tadi --> ini menurut cerita abang random tadi. Ada cerita pasal ular tedung, namun bayaran kami hanya sampai cerita paus tadi. the end.

setelah mendengar cerita penglipur lara dari abang random, kami sampai ke tempat snorkeling. jadi tak payah cerita banyak, kalian boleh lihat aktiviti kami di laut.


keceriaan kami tidak lama, hujan turun dengan lebatnya.huuu~. sampai ke tempat penginapan, kami mandi, lepak2 dan jamak solat maghrib/isyak sebelum aktiviti dinner pulak.


dinner kami pada malam itu. marvellous dan sangat perform. banyak lauk tidak mampu dihabiskan pada malam itu, kami donated mana2 lauk yang tidak berusik pada pengunjung restoren tersebut.

25 disember 2010

jam 8.00 pagi, kami bersarapan sebelum mengorak kembara dengan melawat tempat menarik sekitar pulau pangkor.



aktiviti kami di kota belanda (qadir kata bekas binaan ini seperti mana ada dibelakang rumah beliau)

aktiviti kami di kota mini China (tokong ni)


singgah di pusat pemprosesan hasilan laut. Ahli KKS bangga dengan pembelian pemprosesan hasil laut yang sangat fresh itu. selama ini beliau hanya memperolehi dari kedai mamak sahaja.




aktiviti laut kami setelah tamat siar ria kami melawat kawasan menarik di pulau pangkor.

punya la seronok melakukan aktiviti hingga lupa nak siang ikan untuk aktiviti BBQ KKS di pangkor.



aktiviti BBQ KKS di pangkor. Sebesen makanan laut menjadi habuan kami pada malam itu.

26 Disember 2010

pagi selepas sarapan, kami bersiap2 untuk pulang. bertolak dari lumut jam 3 petang (setelah selesai makan tengahhari) dan sampai di Serdang pada jam 6.30 petang. Mana yang rider tu lagi awal la. Berikut adalah gambar aktiviti kami dalam perjalanan balik ke jeti lumut.



akhir kata, team KKS ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana memudahkan urusan kami di Pangkor.